Gambar Camping Kami





Perkembangan suami....masih dengan takafulnya ..syukur, dia tak lokek menolong saya dalam urusan rumah tangga. Macam suami-suami yang lain jugak. Kutip baju kotor, basuh, sidai dan angkat baju. Sampai tu je...lipat mesti saya jugak...hihihi..baju kerja dia , dia yang gosok sendiri. Sarapan pagi pun dia juga sendiri yang buat, kadang-kadang untuk saya juga. Tapi tu hari kije je la, ujung minggu, kerja masak tu memang tugas saya. Malam biasanya kami dua-dua keletihan. Seringkali je kami tidur awal... Mukmin masih lagi bangun menyusu malam2...osum la kami siapa yang kena bangun wat susu..(biasanya suami la yang kena wat..hihihi..)..pagi mukmin bangun seawal kami. Dia faham bahawa dia akan transit sekejap di rumah pengasuhnya. Bangun terus je minta tukarkan pampers dan baju. Dulu, saya kerap juga mengambilnya lambat..namun, sekarang ...saya ralat tanpanya di rumah..sunyi, tak tau nak wat ape. bila dia ada, baru terasa 'hidup' rumah tersebut...Itulah kuasa seorang anak kan... :)
Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah..akhirnya tak sampai tiga bulan urusan pembelian rumah kami di Taman Peruna telah selesai. Diatas geran rumah tersebut, telah tercatat nama kami…Saya niatkan hasil Peruna ini antaranya untuk bekalan menunaikan ibadah Haji. Kalau saya nak gunakan duit gaji, takut ada ketika saya bekerja, amanah yang diberikan tidak saya lakukan dengan sepatutnya. Pada hemat saya, hasil rumah sewa insha Allah, tidak ada amanah yang berkaitan dengan hasil yang kita dapat. Hasil rumah Pantai Dalam pula lebih kepada untuk keperluan Mukmin. Walaupun hidup kami serba sederhana dan tidak mewah, tapi saya selalu berdoa agar Allah mengurniakan perasaan ‘cukup’ dan ‘mengkayakan’ dada saya dan suami. Waktu menghantar anak ke pengasuh dalam keadaan hujan, hati ini merasa cukup2 bersyukur kerana mempunyai kereta kecil yang dapat menumpang kami daripada air hujan. Betapa saya merasa ‘cukup’ dan ‘selesa’ dengan kereta kecil kami. Ya Allah, dengan kasih sayangMu, kurniakan barakahMu dalam kehidupan kami ini. Rezekikan kami kesihatan sehingga kami boleh beribadah dan bekerja dengan selesa di muka bumi ini. Rezekikanlah kemudahan dalam urusan kehidupan kami. Rezekikanlah hati yang sejahtera dan husnul khatimah kepada kami. Tiada apa yang kekal dan semuanya akan dikembalikan kepadaMu jua.
Sayu hati bila membaca ayat dapd Surah ‘Abasa…(ayat 33-42)
“ maka apabila datang suara yang memekakkan(tiupan sangkakala yang kedua) , pada hari itu manusia lari daripada saudaranya, dan dari ibu dan bapanya, dan dari isteri dan anak-anaknya, Setiap orang pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya. Pada hari itu ada wajah yang berseri-seri..tertawa dan gembira. Dan ada pula ada wajah-wajah yang tertutup debu(suram), tertutup oleh kegelapan. Mereka itulah orang kafir lagi durhaka.”