Bertambah Ahli Keluarga
Seminggu lagi untuk habis sesi persekolahan tahun ni..Saya berkesempatan membuat posting kerana sekolah agak tak bz..selalu balik awal...kadang-kadang satu hari tu surf internet je selain masuk kelas yang hakiki. Minggu hadapan nak relax sikit gi main bowling kat MITC ngan budak2. Program selepas PMR. Adakah peluang untukku cilok ke Mydin kejap...hehehe....
Maktab saya akan berakhir 20 Dec. Cadang kami nak ke kenduri Yusry dan Salita. Nak ucapkan tahniah pada Salita dah berjaya menghabiskan KPLI. Moga dimurahkan rezeki dengan berkat perkahwinan ini. 26 Dec insha Allah kami akan mengangkut barang k kuarters. Dan 1/1/10 pernikahan adik ipar saya di Labu, N9. Minggu berikutnya, kenduri di belah pihak keluarga kami pula. Keluarga kami pastinya sibuk..Moga Allah memberkati "masjid" kedua di pihak keluarga suami saya. Bertambah lagi ahli keluarga kami.. dan insha Allah akan bertambah pula cucu mak dan abah..:) Amin... hhmm...hadiah apa nak bagi nie yer?takde idea la plak... hehehe...
Hadiah yang paling berharga walau tak nampak dek mata, tak terasa dek tangan adalah doa ikhlas kami untuk kalian bakal pengantin, smoga Allah menunjuki jalan melayari bahtera rumahtangga ini dengan bimbinganNya. Kapal rumahtangga tak selalu belayar tenang, kadang-kadang ada gelora dan badainya. Terpulang kepada kebijaksanaan nakhoda bagaimana untuk mengatasinya..Namun, percayalah, rumahtangga itulah juga sumber kebahagiaan yang tiada tandingan.
Perkembangan suami....masih dengan takafulnya ..syukur, dia tak lokek menolong saya dalam urusan rumah tangga. Macam suami-suami yang lain jugak. Kutip baju kotor, basuh, sidai dan angkat baju. Sampai tu je...lipat mesti saya jugak...hihihi..baju kerja dia , dia yang gosok sendiri. Sarapan pagi pun dia juga sendiri yang buat, kadang-kadang untuk saya juga. Tapi tu hari kije je la, ujung minggu, kerja masak tu memang tugas saya. Malam biasanya kami dua-dua keletihan. Seringkali je kami tidur awal... Mukmin masih lagi bangun menyusu malam2...osum la kami siapa yang kena bangun wat susu..(biasanya suami la yang kena wat..hihihi..)..pagi mukmin bangun seawal kami. Dia faham bahawa dia akan transit sekejap di rumah pengasuhnya. Bangun terus je minta tukarkan pampers dan baju. Dulu, saya kerap juga mengambilnya lambat..namun, sekarang ...saya ralat tanpanya di rumah..sunyi, tak tau nak wat ape. bila dia ada, baru terasa 'hidup' rumah tersebut...Itulah kuasa seorang anak kan... :)
Baik..I'll off here..to meet again in other time. Insha Allah
Catat Ulasan