SeLaMaT MenYamBut Idul AdHa

Ta






Inilah rutin mukmin di hujung minggu. Menolong walid meyiram sayur.


















Dan mencuci toto.

" toto ni dah bucuk la ummi. Biar mukmin tolong cuci yer"













Salah satu kesukaan ummi adalah melihat hujan turun. Dari dalam rumah ummi leka memerhati rintik air hujan. Sungguh tenang rasa hati ini. Damai dan terhibur. Tak mungkin suasana sebegini dapat saya nikmati apabila berpindah ke kuarters nanti. pasti rindu...
Mukmin turut menemani ummi memerhati rintik hujan.

Mukmin teman ummi sambil minum air coklat. Mukmin comot...
Dah pandai anak ummi ni qiam...cepat pandai cakap ye anakku, boleh ummi ajar ngaji.





Sesi pembentangan Ilmu Pendidikan. Pemikiran divergen/ pemikiran mencapah. hehehe...








Di bulan yang barakah ini, terlalu banyak yang aku perlu bersyukur kepadaMu ya Allah..dan terlalu banyak juga yang ku harus mohon ampun kepadaMu ya Allah. Kehidupanku di maktab alhamdulillah, setakat ini Kau menyihatkan ku tanpa sakit ku menyerang. Mohon Ya Allah, masa perkhemahan nanti, Kau kasihani aku dan mohon aku tidak diserang sakit pada waktu itu. Sihatkan daku dan kuatkan daku ya Allah..tidak lain hanya dengan rahmatMu semata. kau Maha kaya, tidak berkurang sedikit dari keagungan Mu untuk semua kurniaMu itu. Engkau tidak memerlukan kami hambaMu, tetapi Kamilah yang memerlukan dan membutuhkan Kau yang Allah.

Akhirnya malam ini, dapatku menikmati waktu malam..tanpa ada kelas yang mengganggu. Baru sekejap tadi menelefon suami bertanya khabar. Alhamdulillah, kata suami insha Allah rumah sewa kami akan ada kontraktor petronas yang akan menyewa. Alhamdulillah...satu berita yang mengembirakan hati ini. Esok suami akan balik untuk beraya di KL. dapatlah saya melepaskan rindu pada anak dan suami..semuanya Allah susun dengan begitu cantik. Esok kelas saya hanya hingga tengahari. Seronoknya dapat cuti. Walaupun jadual kali ini agak padat, namun saya bersyukur boleh "bertahan".

Akhir sekali, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA buat semua. semoga ibadah korban yang kita laksanakan Allah telah terima sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi lagi..

Jumpa lagi..
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin