Perkembangan..

23 November - 20 Disember ini akan bermulalah sesi pengajianku untuk semester yang ketiga di IPBA. Di tambah dengan 4-7 Disember akan ada perkhemahan badan beruniform yang pasti akan "menyeronokkan"... 4 hari 3 malam tu...Uwaaa...tak suka.....suka tak suka, semua itu terpaksa saya hadapi. Tolonglah aku ya Allah untuk menghadapi semua tu..harap Allah akan memudahkan segalanya...dari pengajian saya di dalam kelas, kesihatan saya untuk subjek sukan, keyajinan diri untuk menghadapi water confident dan kekuatan fizikal untuk berkayak di tengah-tengah lautan. Once again....

Bermula Feb-April 2010 pula saya akan menghadapi praktikum untuk kursus saya ni. Terangi hati ini ya Allah untuk belajar dan memahami ilmu baru dalam bidang pendidikan ini. Saya berazam untuk belajar yang terbaik untuk memperbaiki diri saya sendiri sebagai seorang guru.

Mei 2010 , semester terakhir di IPBA. Exam menanti di ikuti dengan Induksi dan BTN. Dengar khabar, akan terus temuduga sekali selepas BTN tu. Sungguh "extremis" perjalanan maktabku ini. Tapi diriku..itulah kehidupan...susah dan senang silih berganti...masalah dan cabaran datang dan pergi untuk dihadapi. Sehinggalah tiba waktunya kita dipanggil pulang..bertemu dengan yang Mencipta.

Tahun hadapan, dengan mukmin yang semakin membesar, saya rasa saya akan bertambah sibuk. tambahan pula tahun hadapan kami akan berpindah sekali lagi. Kali ini insha Allah, ada rezeki kami akan menghuni kuarters Bukit Rambai dengan kadar sewa RM 80 sebulan. Dalam 7 km ke sekolah. Sekali lagi, suasana baru, cabaran baru.. :) Kadangkala terasa bersalah pada mukmin, kurangkah kasih sayang dan perhatian kami padanya...? Cukupkah didikan kami kepadanya. Rasanya pengasuh yang lagi banyak 'mendidiknya'...Kemungkinan besar juga mukmin akan mendapat pengasuh baru. Duduk kuarters ikutkan kau hal kau, aku hal aku...takpelah..yang penting kami mencuba yang terbaik dalam hidup kami. Rumah kami insha Allah di tingkat 1. Macam Rumah di Pantai Dalam dulu. Rumah tu dah lengkap ngan perabot dan kabinet. Alamatnya banyak la barang kami yang kena letak stor.

Perkembangan terkini mukmin?? Hm..dia sekarang sedang berusaha keras ke arah nak bercakap. Dah ada perkataan yang boleh. Contohnya"jatuh"... Ikutkan perkembangan mukmin bercakap agak lambat sebenarnya. tapi kami tak la risau sangat, sebab mukmin berjalan pun lambat, tapi akhirnya berjalan gak dia. .hihihi...Perkembangan terkini saya...? hihihi...saya sekarang dah makin pandai masak. Terbaru, saya masakkan suami nasi tomato. Sekali sekala , saya masakkan nasi ayam. Suami memang akui saya agak improve dalam memasak. On da way balik kerja, suami kata atas motor lagi dia dah terbayang-bayang apa la yang saya masak hari tu. Sedaya upaya, saya akan usahakan bila suami sampai je rumah, makan malam dah terhidang. Saya tahu dia balik dalam keadaan penat dan lapar. Semalam saya maasak nasi ayam, tiga kali suami tambah (seronoknya)..tapi risau gak...kan makin membesar plak kang suami angkara masakan saya...kikiki...Tapi saya rasa, saya masak pun untuk jaga kesihatan suami.. nak elakkan dia dari garam, perasa dan minyak berlebihan makanan di luar. Kalau kita masak sendiri, semua tu boleh dikawal.Betul tak...


Ok ,..sekian dulu..lain kali jumpa lagi..:) wassalam
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin