Jamuan Makan di Rumah Kak Hasni. Nasi Kurzi Johor yang sangat sedap. Ana wat , jamu kawan-kawan. Jadi cuma nasi lembik sikit.
Ni plak juadah masa jamuan rumah Siti Zaleha. Setiausaha gD. Mee kari dan nasi kerabu. Asli dari Kelantan.
Bersama bakal ibu....
Alhamdulillah, semalam saya sempat melawat Ammar Shafi(anak ein) dan Ammar.(lupa)........... ( anak adik junior Siti Sarah) . Sebenarnya saya ada bawa ikan haruan untuk ein, tapi huhuhu..tertinggal dalam bonet. Takde rezeki...rezeki suami la nampaknya ...hihihi...Mukmin dapat satu "kenangan" kat sana. Benjol besar kat kepala dia. Jatuh kat rumah ein. Seronok dia main ngan syifa'. Kami pun makan dengan tenang. Lauk kampung kat rumah ein tu memang menyelerakan. Pegaga cicah sambal tempoyak..seleranya.
Hari ni dapat cabutan bertuah Kelab Guru.. Baucer Bulan Madu kat Everly Resort Hotel... kah3...2 hari satu malam...yang lain dapat hamper...cikgu laki plak sorang je yang dapat...sampai ada yang merajuk-rajuk ...hehehe...
Hari Sabtu lepas, kami cikgu2 ada LADAP. Tapi kali ni lain sikit, ada kawad kaki dan senamrobik. Saya rasa seronok sangat. Dapat lepaskan sedikit tekanan yang ada. Tambah menyeronokkan bila suami dan mukmin datang sekali. Mukmin pun turut berpoco-poco dan bersenam robik ngan kami. Malam tu dia tidur lena sangat kepenatan. Lagi seronok coz takyah masak tengahari tu, coz dah makan tengahari ngan suami kat sekolah. Makan malam pun saya 'off' kerana ada jamuan akhir tahun asrama malam tu. Untuk semua dan segala hal..alhamdulillah.
Hm...lagi 3 minggu kena berpisah dari suami dan anak...gonna miss u two...
K...sekian dulu..wassalam
Catat Ulasan