Dah Lama Tak Jumpa

Semester ini menuntut pengorbanan masa, tenaga fizikal dan mental. yang lebih daripada biasa. Tidak mampu rasanya untuk membuat post baru dalam keadaan constraint sebegini. Alhamdulillah, paling kurang saya dah menyiapkan sebahagian tugasan yang diberikan sebelum aktiviti perkhemahan yang akan bermula esok. Itulah nasihat suami, supaya saya dapat camping dalam keadaan yang lebih tenang. Dan saya pun boleh fokus untuk camping. walaupun saya tahu aktiviti2 camping pasti amat memenatkan, namun bagi saya , itu bolehlah saya anggapkan waktu "rehat" saya daripada aktiviti mental yang saya lalui hampir 3 minggu ini. cepat-cepatlah hari perkhemahan berlalu...huhu...

After perkhemahan, tinggal 3 hari lagi pengajian di IPBA. Sekejap pula masa berlalu. Tahun ini, kesian ma..kami tak dapat balik menziarahinya di kelantan. suami saya susah nak dapat cuti, kami juga akan sibuk untuk perpindahan. Minggu terakhir cuti, macam biasalah, sekolah dah mula bermesyuarat dan sebagainya. Tahun hadapan, berdebar-debar gak hati nak praktikum. Really lots of works to do. Lesson plan untuk praktikum sungguh panjang. kena wat hari-hari tu..huhuhu...

Dalam pada itu, hati turut terhibur menyaksikan perkembangan tumbesaran Mukmin yang sekarang berusia setahun 8 bulan. Bila gelak sungguh comel, bila nangis dan merajuk plak meleret-leret selagi tak dapat apa yang dia kehendaki. Tak dapat dinafikan , membesarkan anak menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Di maktab , semua kawan-kawan ada facebook. Saya pun turut teruja giler nak ada facebook tu.hihihi...tapi sampai sekarang masih belum berkesmpatan nak daftar. Takpelah, mungkin lepas maktab la..risau gak...asyik ngan facebook, konsentrasi pun kurang. Biarlah saya fokus pada pengajian dan tugasan dulu. Facebook tu bila-bila pun boleh..hehehe..Saya suka kalau saya meninggalkan maktab saya tanpa tugasan yang membelenggu.saya ingin bersama-sama dengan keluarga saya dengan sepenuh jiwa saya. walaupun tak mungkin saya dapat gantikan sebulan waktu ketiadaan saya dengan mereka, namun saya berazam meluangkan masa yang berkualiti walaupun dalam kuantiti yang cukup terbatas.

Saya rasa sekadar ini untuk kali ini. Curi-curi masa dalam kuliah ni ...kui3.....
3 Responses
  1. Tanpa Nama Says:

    ooo..curi ek..curi mase..hehe..rindu kat ana..sekali bukak blog sendiri mesti bukak blog ana..sebab rindula..hehe..padahal blog sendiri tak kemaskini pun..

    rindu semakin berakar umbi...
    tampis 2010 hehe...

    ummushafi


  2. Tanpa Nama Says:

    Jom plan TAMPIS 2010. Ada cadangan tempat? cameron, pantai kundur, sama ada tempat pantai atau tempat sejuk. fraser hill ke..yg penting kumpul duit tabungan dari sekarang...50 sen sehari, very okay kan?..aktiviti bakar ikan keli...lamb chop,apa2la yg boleh chop...just an idea!!!to initiate a better momentum on our TAMPIS 2010!!!!


  3. Tanpa Nama Says:

    kalau bab ikan keli nih,saya tau sapa yg pakar...jeng..jeng..jeng...kite serah pada yg pakar...


Blog Widget by LinkWithin