tak sangka sebenarnya sudah banyak yang aku telah tempuhi dalam hidup ini.. 2 tahun lalu apabila aku tahu aku akan mengikuti kursus KDC KPLI , terasa lamanya masa itu akan berlalu. Nah , kini aku telah berjaya melaluinya...kepenatan mengadap kelas, kesibukan membuat assignment, berdebarnya menanti examination dan sekarang, fasa yang terakhir, mengikuti kursus induksi...
Seperti yang selalu diungkapkan suami tatkala aku mengadu tentang keletihan dan kelesuan diri... " sikit saje lagi sayang..." yer... semuanya pasti akan berlalu...

Cuti sekolah disember nanti adalah kali pertama aku akan menikmati cuti penggal seorang guru... tapi aku mesti merancang sesuatu...takut-takut aku mensia-siakan waktu itu nanti..teringin rasanya dok lama sikit di kelantan waktu cuti tapi suami cuti tak sama.. Bukan cuti yang harus ku fokuskan...bukan.. yang lebih penting adalah tanggungjawab dan amanahku sebagai seorang guru yang bakal kupikul selepas keluar dr kursus ini nanti..betapa beratnya kerjaya pilihanku ini..tapi tidak pernah ku sesali...moga-moga doa anak-anak didikku nantilah yang akan memberkati perjalanan hidupku..

Impian terdekat....(selain mee rebus) saya nak ajak family (abah, mak , fami, julia n shahreen) gi kat i-city shah alam. kawan2 di sini ada yang pi dan tmpat tu cantik sangat.. mesti mukmin suka..kalau ada ma dan adik-adik kelantan lagi seronok...i love my family very much..

ok..setakat ini sulu...time to do my assignment..
--> Baca Lagi...

Catatan Sebelum Peperiksaan

Hari ini hari terakhir aku bergelut dengan kelas-kelas ulangkaji yang sangat memenatkan...Hari Isnin bermulalah pula perjuanganku di medan peperiksaan. Isnin - khamis. Isnin aku akan menduduki Oral Test ..mcm Muet ..listening and speaking and 3 mins public speaking...

Selepas itu, ada waktu senggang Jumaat Sabtu Ahad...sebelum menyambung Kursus Sistem Saraan Malaysia (induksi ) selama lebih kurang 3 minggu... rindu pada mukmin sudah mula bertamu...mujur suami sudi balik dalam waktu senggang untuk menjenguk ku di maktab ni...

Masih banyak yang perlu diulangkaji...waktu rehat sehari esok blm tentu mampu cover semuanya... moga Allah memudahkan segalanya... Teringin hati nak memulakan amalan sunat dhuha dsb namun keletihan mengatasi kekuatan buat diri yang amat lemah ini.. itu usaha rohaniah yang akan membantu bukan sahaja dalam peperiksaan malah dalam kehidupan juga. Mengenang kembali seminggu yang brlalu..syukur aku masih dikuatkan Allah..masih mampu berjalan dan memanjat tangga yang tinggi tu.. walau hanya Allah sahaja yang tahu betapa lesu dan penatnya aku...sampai nak mengadu kat suami pun tersekat-sekat sebab asyik nangis jer..

Buat yang membaca catatan ini, doakan kejayaan saya..saya tak target untuk cemerlang, cukup sekadar saya lulus. terima kasih atas doa kalian.


--> Baca Lagi...

Perkembangan Terkini

Hampir 5 bulan meninggalkan blog tidak berpenghuni... tiada kekuatan untuk menulis semula kerana telah lama meninggalkannya..mungkin fokus terlalu besar diberikan kepada praktikum yang berlangsung selama 3 bulan. Alhamdulillah, segalanya telah berlalu. Kehidupan berjalan seperti biasa semula. Masih saya ingat, sepanjang tempoh praktikum, saya sering sakit kepala..pening dan terhuyung hayang...begini penangan "tension". Memang menggangu kesihatan. Namun, sokongan suami sangat besar. Hinggakan saya rasakan kalau saya berada di tempatnya saya takkan mampu bertahan sebegitu. Pasti saya kan mudah naik angin dan tidak mampu sesabar dia.

seminggu lagi pula, saya akan menghadapi sem akhir maktab. after this, saya bebas menikmati cuti sekolah saya.. :) boleh balik kel dengan lebih kerap. ketar jugak nak menghadapi peperiksaan di maktab nanti. Otak pun makin tumpul jer. Untung jugak jadi cikgu, otak diasah secara paksa setiap hari. Kalau tak mahu berkarat otak ni..

mahu keluar dari rutin yang sama, saya dan suami mengikut jejak langkah beberapa org sahabat memulakan perniagaan kecil-kecilan. Alhamdulillah, burger kami mendapat pujian budak2...dari 30 kami tambah menjadi 40. Nak buat banyak-banyak takut jugak. Al maklumlah modal kami kecil..hihi.. Suami kata untung sikit takpe, asal pelanggan puas hati. Terbaru, kami tambah menu dengan popia pulak.. dan insha Allah ada rezeki kami akan mulakan perniagaan waffle kami dalam waktu yang terdekat. Menunggu bahan-bahan mentah yang telah ditempah. Biarlah kami ada sesuatu untuk dilakukan bagi mengisi masa lapang... dan juga seiringi bagi proses memperbaiki kehidupan kami (dunia dan akhirat) . Alhamdulillah, kami " meminjam" deposit rumah sewa untuk dibuat modal. walau untung sikit-sikit tu tak kami rasa sekarang, yang lebih penting adalah keseronokan berniaga tu sendiri. Mengajar erti saya untuk menerima penolakan, menerima kritikan-kritikan. Oh..macam ni rasanya berniaga...untuk mendapat sesuatu, kita perlu mengorbankan sesuatu. (kata suami) .

Bisnes kami lebih dimonopoli suami. Saya sibuk dengan tuisyen pada sebelah malam. membantu sekadar termampu... kadang bantu merasa jer..hihihi... Teringin untuk mencuba perniagaan internet, tapi saya takde idea nak jual apa.. pengalaman pun takde. have no idea. Tapi takpe, kita bermula dengan setapak dulu. Semua orang begitu. Kami bermula sekadar kapasiti kami.

Mukmin? Dah 2 tahun 1 bulan.... hhmm..belum ada rezeki untuk rancak bercakap lagi... Suatu masa saya pasti dia akan bercakap jugak...nampak serasi dengan pengasuh baru. badannya tak berisi macam kecik2 dulu. saat saya menulis nipun, dia kena serang dengan demam panas. agak kerap jugak tahun ni...rasa bersyukur sangat Allah mengurniakan mukmin pada kami. Walaupun pernah 1 ms saya merasakan kehadiran mukmin seakan terlalu awal, namun rupa-rupanya mukmin penyeri kami sepanjang dua tahun saya tidak boleh hamil kerana menyambung pengajian.. sungguh perancangan Allah Maha Sempurna.

Hanya doa dan pengharapan yang mampu saya panjatkan pada yang Maha Berkuasa ungtuk mengurniakan kudrat dan kekuatan kepada kami untuk sentiasa menjadi hamba yang sentiasa mengingati dan mentaatiNya. Seronoknya hidup ini sebenarnya adalah apabila bersamaNya...
--> Baca Lagi...

Gambar Camping Kami

Salah seorang pensyarah Pengakap kami yang sangat dedikasi dalam mengajar kami, En Mohd Razi.

Cun tak? hihihi... gambar ni masa majlis penuntup perkhemahan dah. Sume kawan-kawan dah mekap-mekap . I pun join sekali la..hehehe...


Gambar bersama-sama dengan pensyarah. Ni la ahli kumpulan yang susah senang bertungkus lumus di maktab.



'Bapa' kami...Tn Hj kamar...Pesuruhjaya Pengakap Negeri









En Ramlan, pemberi markah kami...






Apa yang paling membanggakan dalam perkhemahan kali ini adalah kami lulus DENGAN CEMERLANG. Pensyarah amat berpuas hati dengan kerajinan kami, masakan kami, semangat kerjasama kami. Hubungan kami dengan pensyarah juga menjadi lebih rapat like a family. We are 1 family...
Perkhemahan ini banyak memberi peluang untukku mengenali diri sendiri. Kekuatan dan kelemahan diri. Walaupun ada satu masa , aku terpaksa bergantung pada ubat untuk menjalankan aktiviti, namun aku bersyukur, aku masih mampu dan tidak terlepas sebarang aktiviti.Sayangnya kami tidak ada aktiviti hiking and kayak coz bagi pengakap kursus ni lebih kepada kursus pengenalan, so less physical activities.
Saat paling membanggakan adalah sewaktu menerima sijil dan menyarungkan wogel di skaf kami sebagai tanda kami telah tamat dan layak menerima tauliah.Ada antara kawan-kawan saya yang menangis , terharu wooo...banyak lagu-lagu pengakap yang best yang kami dah belajar. Dok dalam dewan, kami asyik nyanyi jer. Tapi saya lega, saya nyanyi takde suami masa tu. kalu dia ada, mati dia kutuk suara saya. masa berkhemah tu, saya bebas menyanyi sepuas-puasnya.
Dan akhirnya saya dah ada facebook sendiri..uwaaaahhhh...(orang lain dah lama ada dah..)hihihi..tupun terpaksa buat coz nak amik gambar-gambar pengakap tu. Thanks kawan-kawan guide saya wat face book. So sweet in this life i have friends like you all.. :)
For you ..my love..I miss you so much..tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan rindu ini. Begitu juga pada anak kita...sebulan tidak dapat mengikuti perkembangannya... 1 sem more to go...sedikit saja lagi perjuangan ini...
Saya akhiri post saya hari ini dengan ungkapan pesanan daripada cikgu pengakap saya. " Walaupun kamu dalam keadaan susah,payah , sedih atau derita, SENYUMLAH..kerana senyuman itu mampu membahagiakan orang lain."

--> Baca Lagi...

Dah Lama Tak Jumpa

Semester ini menuntut pengorbanan masa, tenaga fizikal dan mental. yang lebih daripada biasa. Tidak mampu rasanya untuk membuat post baru dalam keadaan constraint sebegini. Alhamdulillah, paling kurang saya dah menyiapkan sebahagian tugasan yang diberikan sebelum aktiviti perkhemahan yang akan bermula esok. Itulah nasihat suami, supaya saya dapat camping dalam keadaan yang lebih tenang. Dan saya pun boleh fokus untuk camping. walaupun saya tahu aktiviti2 camping pasti amat memenatkan, namun bagi saya , itu bolehlah saya anggapkan waktu "rehat" saya daripada aktiviti mental yang saya lalui hampir 3 minggu ini. cepat-cepatlah hari perkhemahan berlalu...huhu...

After perkhemahan, tinggal 3 hari lagi pengajian di IPBA. Sekejap pula masa berlalu. Tahun ini, kesian ma..kami tak dapat balik menziarahinya di kelantan. suami saya susah nak dapat cuti, kami juga akan sibuk untuk perpindahan. Minggu terakhir cuti, macam biasalah, sekolah dah mula bermesyuarat dan sebagainya. Tahun hadapan, berdebar-debar gak hati nak praktikum. Really lots of works to do. Lesson plan untuk praktikum sungguh panjang. kena wat hari-hari tu..huhuhu...

Dalam pada itu, hati turut terhibur menyaksikan perkembangan tumbesaran Mukmin yang sekarang berusia setahun 8 bulan. Bila gelak sungguh comel, bila nangis dan merajuk plak meleret-leret selagi tak dapat apa yang dia kehendaki. Tak dapat dinafikan , membesarkan anak menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Di maktab , semua kawan-kawan ada facebook. Saya pun turut teruja giler nak ada facebook tu.hihihi...tapi sampai sekarang masih belum berkesmpatan nak daftar. Takpelah, mungkin lepas maktab la..risau gak...asyik ngan facebook, konsentrasi pun kurang. Biarlah saya fokus pada pengajian dan tugasan dulu. Facebook tu bila-bila pun boleh..hehehe..Saya suka kalau saya meninggalkan maktab saya tanpa tugasan yang membelenggu.saya ingin bersama-sama dengan keluarga saya dengan sepenuh jiwa saya. walaupun tak mungkin saya dapat gantikan sebulan waktu ketiadaan saya dengan mereka, namun saya berazam meluangkan masa yang berkualiti walaupun dalam kuantiti yang cukup terbatas.

Saya rasa sekadar ini untuk kali ini. Curi-curi masa dalam kuliah ni ...kui3.....
--> Baca Lagi...

SeLaMaT MenYamBut Idul AdHa

Ta






Inilah rutin mukmin di hujung minggu. Menolong walid meyiram sayur.


















Dan mencuci toto.

" toto ni dah bucuk la ummi. Biar mukmin tolong cuci yer"













Salah satu kesukaan ummi adalah melihat hujan turun. Dari dalam rumah ummi leka memerhati rintik air hujan. Sungguh tenang rasa hati ini. Damai dan terhibur. Tak mungkin suasana sebegini dapat saya nikmati apabila berpindah ke kuarters nanti. pasti rindu...
Mukmin turut menemani ummi memerhati rintik hujan.

Mukmin teman ummi sambil minum air coklat. Mukmin comot...
Dah pandai anak ummi ni qiam...cepat pandai cakap ye anakku, boleh ummi ajar ngaji.





Sesi pembentangan Ilmu Pendidikan. Pemikiran divergen/ pemikiran mencapah. hehehe...








Di bulan yang barakah ini, terlalu banyak yang aku perlu bersyukur kepadaMu ya Allah..dan terlalu banyak juga yang ku harus mohon ampun kepadaMu ya Allah. Kehidupanku di maktab alhamdulillah, setakat ini Kau menyihatkan ku tanpa sakit ku menyerang. Mohon Ya Allah, masa perkhemahan nanti, Kau kasihani aku dan mohon aku tidak diserang sakit pada waktu itu. Sihatkan daku dan kuatkan daku ya Allah..tidak lain hanya dengan rahmatMu semata. kau Maha kaya, tidak berkurang sedikit dari keagungan Mu untuk semua kurniaMu itu. Engkau tidak memerlukan kami hambaMu, tetapi Kamilah yang memerlukan dan membutuhkan Kau yang Allah.

Akhirnya malam ini, dapatku menikmati waktu malam..tanpa ada kelas yang mengganggu. Baru sekejap tadi menelefon suami bertanya khabar. Alhamdulillah, kata suami insha Allah rumah sewa kami akan ada kontraktor petronas yang akan menyewa. Alhamdulillah...satu berita yang mengembirakan hati ini. Esok suami akan balik untuk beraya di KL. dapatlah saya melepaskan rindu pada anak dan suami..semuanya Allah susun dengan begitu cantik. Esok kelas saya hanya hingga tengahari. Seronoknya dapat cuti. Walaupun jadual kali ini agak padat, namun saya bersyukur boleh "bertahan".

Akhir sekali, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA buat semua. semoga ibadah korban yang kita laksanakan Allah telah terima sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi lagi..

Jumpa lagi..
--> Baca Lagi...

Perkembangan di Maktab

Hari ni hari pertama maktab. Alhamdulillah , dah dapat jadual waktu. Kelas saya akan tamat pada 17 Dec ini. Alhamdulillah, taklah lewat seperti yang saya jangka. Hari ni saja kelas tamat pukul 10 malam. tipu kalau saya kata saya tak penat. Esok, the same this goes. At da same time, banyak assignment tertangguh dan on da spot yang perlu disiapkan. Pandai-pandai la kena curi masa untuk buat. tapi malam ni saya surrender sungguh. saya pikir nak tido jer. dah la lupa bawak bantal, tidur hanya berbantalkan sleeping bag untuk camping je. Tapi alhamdulillah, ada orang lain yang hanya berbantalkan lengan, bertilamkan tanah. Perkhremahan pula hanya akan diadakan di padang IPBA sahaja. Tetapi kami akan dibawa ke tempat2 tertentu untuk aktiviti-aktiviti tertentu. Tahun lepas, ke port Dickson untuk water confident ( paling saya tak suka). Cepatlah masa perkhemahan itu berlalu. Sungguh menekan jiwa rasanya dok pikir pasal perkhemahan tu.

Rindu pada mukmin dan suami tersayang, mula terasa. Terbayang senyum dan tawa suami. Dah lama , kami tak berpisah begini. Tapi, saya yakin perpisahan ini akan menambahkan cinta. Itulah formulanya. Saya lebih merasai kebaikannya apabila dia tiada bersama. Terasa betapa perlunya dia dalam hidup saya. Macam manalah suami menjaga mukmin sorang2. Saya tahu itu bukan perkara mudah. tapi itulah pengorbanannya demi saya..Biasanya setiap petang, dia balik makanan dah terhidang, tapi petang nipun, dia hanya singgah family store beli roti untuk makan malam.

Kepada semua, selama mengharungi bulan Zulhijah yang mulia. Antara hari yang paling baik dalam setahun. Ambillah peluang untuk menggandakan ibadah di saat2 barakah ini. Kutiplah bekalan ke sana setiap detik dalam kehidupan kita. saya rasa cukup untuk setakat ini. Saya nak tidooooo...esok there are many life challenges to go.
--> Baca Lagi...
Blog Widget by LinkWithin