Kembali Menjenguk Blog
Bimillahirrahman nirahim.
I havent written in this blog for ages..hujung-hujung tahun begini, tugas kami guru2 tak sehectic masa awal dan pertengahan tahun. Kalau bz pun hanya sibuk siapkan SKT, perancangan strategik dan soalan exam. Tapi kedua2 kelas yang saya mengajar soalan disediakan oleh JPN, so tugas tersebut alhamdulillah slesai. SKT tinggal sikit lagi nak edit.
Tahun ini merupakan tahun pertama saya dapat menikmati cuti akhir tahun sepenuhnya...hampir 6 minggu berada di rumah. Namun, cuti panjang ini saya tidak bercadang untuk menghabiskannya di Kelantan. Dalam keadaan kandungan yang memasuki usia 6 bulan, keletihan itu amat ketara. Terbayang-bayang apalah yang blh saya buat sepanjang cuti tu dgn hanya duduk di rumah..Macam-macam perancangan,tapi tak tahu la, mampu terbuat atau tidak.Kemungkinan besar saya akan mengahantar mukmin ke pengasuh walaupun saya ada di rumah. Saya mudah letih dalam melayan dia, walaupun teletahnya sangat comel, namun apakan daya , kekuatan fizikal saya pada saat sekarang tidak mengizinkan. tapi saya takkan menghantarnya seawal pagi. Biarlah saya yang mandikan dan bagi makan dulu, bermanja dan berpagi-pagi dengan saya. tengahari dan petang, izinkan ummi mengemas rumah dan merehatkan diri. kata suami, paling kurang pengasuh ada juga income bulan 12. ye la, biasa org tak anta bulan 12, tapi xpela, secara tak langsung kami membantu pengasuh,kami tak kisah bayar penuh. saya tak kisah kalau tak berkira dengan pengasuh. Lagipun saya berpuas hati dengan penjagaannya, setakat ini alhamdulillah. Dia siapkan mukmin lebih smart daripada kami siapkan anak kami sendiri. huhu...
Terlalu banyak yang ingin ditulis, sampai bercampur aduk semuanya. 23 Nov adalah tarikh saya konvo untuk Diploma Pendidikan saya. PICC, putrajaya. Namun, atas beberapa faktor , saya tak dapat hadir ke konvo tersebut. Tak terlalu terkilan krn tak dapat naik pentas, cuma sedikit terkilan tak dapat berjumpa semula dgn rakan rakan seperjuangan di IPBA dulu. Kami dah berjanji nak pakai sedondon, nak bergambar dan share the sweet moments together. ikatan menuntut ilmu bersama turut mengeratkan kami. Suka duka, penat lelah, tension menghadapi pelajarn kami lalui bersama-sama. saya masih ingat, waktu awal kandungan saya, mereka lah yang tolong membeli makanan untuk saya, berusaha mencari mee rebus yang teringin saya makan, dan menolong saya dari banyak segi. terima kasih semuanya...Mungkin insha Allah kita ada kesempatan waktu untuk bertemu selepas ini.
Regarding to my second pregnancy, alhamdulillah. 6 bulan pertama saya lalui dalam keadaan relaks. Saya tidak alahan seperti mengandungkan mukmin dulu,namun tetap ada juga cabarannya. Dalam Al Quran pun menyebut, seorang ibu mengandungkan anaknya dalam keadaan susah payah. Saya banyak angin dalam badan sepanjang mengandungkan second baby ni. dats why, letih dan sakit2 badan selalu terasa. Sugar level saya pun agak tinggi, sehingga saya terpaksa membuat ujian diabetes. Minggu depan resultnya akan saya tahu. Berdebar dan risau.....Doakan saya...Moga saya dan anak saya Allah beri kesihatan.
Selain itu, sedikit kelainan saya lebih suka mengemas rumah masa kandungan kali ni. Walaupun kadang-kadang ada yang tak terkemas namun, perasaan seronok nak mengemas tu ada. Terima kasih juga kepada suami yang banyak membant. seperti suami - suami mithali yang lain, dia juga tak lokek menolong saya menguruskan rumahntangga. Balik dari kerja terus dia masukkan baju dalam mesin, menyidai baju yang dibasuh pagi tadi dsb...macam biasa mukmin akan setia menolong..dia juga sabar dengan saya yang selalu minta beli makanan kat luar. tak mengeluh dsb...dalam hati saya, saya terharu dan menghargai. Terima kasih ya Allah, kerana memegang hatinya dan mendorongnya untuk terus memelihara kesejahteraan rumahtangga kami...:)
Catat Ulasan