Catatan Sebelum Peperiksaan
Hari ini hari terakhir aku bergelut dengan kelas-kelas ulangkaji yang sangat memenatkan...Hari Isnin bermulalah pula perjuanganku di medan peperiksaan. Isnin - khamis. Isnin aku akan menduduki Oral Test ..mcm Muet ..listening and speaking and 3 mins public speaking...
Selepas itu, ada waktu senggang Jumaat Sabtu Ahad...sebelum menyambung Kursus Sistem Saraan Malaysia (induksi ) selama lebih kurang 3 minggu... rindu pada mukmin sudah mula bertamu...mujur suami sudi balik dalam waktu senggang untuk menjenguk ku di maktab ni...
Masih banyak yang perlu diulangkaji...waktu rehat sehari esok blm tentu mampu cover semuanya... moga Allah memudahkan segalanya... Teringin hati nak memulakan amalan sunat dhuha dsb namun keletihan mengatasi kekuatan buat diri yang amat lemah ini.. itu usaha rohaniah yang akan membantu bukan sahaja dalam peperiksaan malah dalam kehidupan juga. Mengenang kembali seminggu yang brlalu..syukur aku masih dikuatkan Allah..masih mampu berjalan dan memanjat tangga yang tinggi tu.. walau hanya Allah sahaja yang tahu betapa lesu dan penatnya aku...sampai nak mengadu kat suami pun tersekat-sekat sebab asyik nangis jer..
Buat yang membaca catatan ini, doakan kejayaan saya..saya tak target untuk cemerlang, cukup sekadar saya lulus. terima kasih atas doa kalian.
salam buat ana sahabatku.moga Allah mudahkan segala urusan pembelajaranmu...moga Allah melapangkan segalanya buatmu,dirahmaati dan diberkati dlm setipa pengabdian kita semata-mata mengharapkan keredhaanNya jua..teruskan usaha...doakan sahabat2 semua ya..take care my dear..miss u...