Masih Ingatkah kalian

Sahabat-sahabat setarbiah, masih ingatkah kalian saat-saat ini. Manis sekali kenangan bersama kalian. Bersama kalian aku lebih mengenali Islam, mengenali nilai ukhuwah, mengenali apa dan siapa itu seorang 'hamba'. Ya Allah, terima kasih menemukan aku dengan mereka. sahabat, walau ukhuwah kita terjalin melalui maya, namun andai keikhlasan menjadi perantara, ukhuwah kita takkan ke mana.




Tak siapa yang menduga " siswa" dan "siswi" di sebelah kanan sekali suatu masa nanti akan menjadi pasangan suami isteri.
Kenangan Sungai Congkak...
Ini tak silap saya, waktu kita semua ke rumah adie waktu asasi. Meaning, kita berumur 18 @ 19 tahun. Wow...mudanya...


Dari kanan...cepat jalan!!!hihihi..dari kanan..huda..bakal menjadi ibu dalam masa yang terdekat. Rohana..baru sorang putera..hihihi..putri shuhana..2 orang puteri, ein, seorang putera dan seorang puteri, ogy, 2 puteri dan seorang putera, zalin, juga bakal menjadi ibu dalam masa yang terdekat. Amin ..insha Allah. See, my friends, we are mothers now.
sahabat semasa mengajar di Pasti Little ikhwan Puncak Alam, Amal . sahabat yang saya anggap seperti adik beradik sendiri. Kami lahir pada hari yang sama. 2 januari 1981. Ni kami keluar ujung minggu bawa budak2 nursery kami berjalan-jalan ke Shah Alam. Ada Zalin sekali masa tu..dan pemandu yang drive kereta pada hari tu adalah...jeng..jeng...jeng....tunang saya waktu tu..(siapa ek..hihihi...)...Zalin dan Amal yang minta tolong suami jadi driver masa tu. Bila dah kawin, suami cerita balik, sebenarnya dia suka kami minta dia jadi driver. paling kurang boleh jumpa ngan saya. Kalau tak, bukan main susah nak jumpa saya...al maklum jauh di "puncak alam"...hihihi.... Tapi yang kelakarnya, budak-budak kecik tiga orang tu boleh cakap kat saya," cikgu dengan pakcik ni (merujuk kpd suami) bercinta eekk..." Dah darjah dua budak-budak tu sekarang ni...

Dengan kekuatan tarbiah bersama kalian lah, saya masih kuat di sini...saya sering membaca coretan kalian dan mengambil kekuatan dan peringatan daripadanya. Kalian adalah sebahagian daripada hidup saya. Apatah lagi, jejaka cameron yang di kanan sekali itu.. :)

saya doakan yang terbaik buat sahabat-sahabat saya semua.
--> Baca Lagi...

Perkembangan..

23 November - 20 Disember ini akan bermulalah sesi pengajianku untuk semester yang ketiga di IPBA. Di tambah dengan 4-7 Disember akan ada perkhemahan badan beruniform yang pasti akan "menyeronokkan"... 4 hari 3 malam tu...Uwaaa...tak suka.....suka tak suka, semua itu terpaksa saya hadapi. Tolonglah aku ya Allah untuk menghadapi semua tu..harap Allah akan memudahkan segalanya...dari pengajian saya di dalam kelas, kesihatan saya untuk subjek sukan, keyajinan diri untuk menghadapi water confident dan kekuatan fizikal untuk berkayak di tengah-tengah lautan. Once again....

Bermula Feb-April 2010 pula saya akan menghadapi praktikum untuk kursus saya ni. Terangi hati ini ya Allah untuk belajar dan memahami ilmu baru dalam bidang pendidikan ini. Saya berazam untuk belajar yang terbaik untuk memperbaiki diri saya sendiri sebagai seorang guru.

Mei 2010 , semester terakhir di IPBA. Exam menanti di ikuti dengan Induksi dan BTN. Dengar khabar, akan terus temuduga sekali selepas BTN tu. Sungguh "extremis" perjalanan maktabku ini. Tapi diriku..itulah kehidupan...susah dan senang silih berganti...masalah dan cabaran datang dan pergi untuk dihadapi. Sehinggalah tiba waktunya kita dipanggil pulang..bertemu dengan yang Mencipta.

Tahun hadapan, dengan mukmin yang semakin membesar, saya rasa saya akan bertambah sibuk. tambahan pula tahun hadapan kami akan berpindah sekali lagi. Kali ini insha Allah, ada rezeki kami akan menghuni kuarters Bukit Rambai dengan kadar sewa RM 80 sebulan. Dalam 7 km ke sekolah. Sekali lagi, suasana baru, cabaran baru.. :) Kadangkala terasa bersalah pada mukmin, kurangkah kasih sayang dan perhatian kami padanya...? Cukupkah didikan kami kepadanya. Rasanya pengasuh yang lagi banyak 'mendidiknya'...Kemungkinan besar juga mukmin akan mendapat pengasuh baru. Duduk kuarters ikutkan kau hal kau, aku hal aku...takpelah..yang penting kami mencuba yang terbaik dalam hidup kami. Rumah kami insha Allah di tingkat 1. Macam Rumah di Pantai Dalam dulu. Rumah tu dah lengkap ngan perabot dan kabinet. Alamatnya banyak la barang kami yang kena letak stor.

Perkembangan terkini mukmin?? Hm..dia sekarang sedang berusaha keras ke arah nak bercakap. Dah ada perkataan yang boleh. Contohnya"jatuh"... Ikutkan perkembangan mukmin bercakap agak lambat sebenarnya. tapi kami tak la risau sangat, sebab mukmin berjalan pun lambat, tapi akhirnya berjalan gak dia. .hihihi...Perkembangan terkini saya...? hihihi...saya sekarang dah makin pandai masak. Terbaru, saya masakkan suami nasi tomato. Sekali sekala , saya masakkan nasi ayam. Suami memang akui saya agak improve dalam memasak. On da way balik kerja, suami kata atas motor lagi dia dah terbayang-bayang apa la yang saya masak hari tu. Sedaya upaya, saya akan usahakan bila suami sampai je rumah, makan malam dah terhidang. Saya tahu dia balik dalam keadaan penat dan lapar. Semalam saya maasak nasi ayam, tiga kali suami tambah (seronoknya)..tapi risau gak...kan makin membesar plak kang suami angkara masakan saya...kikiki...Tapi saya rasa, saya masak pun untuk jaga kesihatan suami.. nak elakkan dia dari garam, perasa dan minyak berlebihan makanan di luar. Kalau kita masak sendiri, semua tu boleh dikawal.Betul tak...


Ok ,..sekian dulu..lain kali jumpa lagi..:) wassalam
--> Baca Lagi...

Wajah-wajah Ceria Mukmin

Ni la gayanya nak bersolat. Dia selalu nampak saya pakai telekung solat, bila tgk walid dia solat, dia pun nak berrkelubung jgk. Tudung dengan anak tudung tu dia yang pakai sendiri.

Sebok je nak menolong walid membasuh kereta. Alih-alih, kereta kena basuh, dia pun kena dibasuh.

Ni gambar terbaru...pakai baju baru.

Emm...sedapnya jagung yang walid tanam ni....


Mengikuti Program Mukhayyam Arabi di Hutan Simpan Sungai Udang.


Tombamnyo anok ummi ini...

Zzzzzz.......mimpi apa tu....

Manisss.....
Selesa di Blok 17...Rumah kami di Blok 17 kecil, keadaan luaran tu pun sesak namun tak tahu kenapa saya dan suami merasa tenang apabila memasuki rumah tersebut. Damai dan selesa... Sampai sekarang, saya masih terkenang keselesaan dalam rumah tu.

Program Dynamic Kuala kangsar

Masa di maktab tahun lepas. weekdays mukmin dok umah opah..weekend mukmin balik blok 17. berpindah-pindah....

Ini di rumah warden. Dekat setahunlebih kami tinggal di sana. Dari mukmin kecik sampai la mukmin dah boleh berjalan. Dari mukmin tido berbuai sampai la tido kat bawah.

Masa ni kulit mukmin cerah lagi..sekarang ni dah gelap dah...huhuhu...banyak main kat luar. X kisah pun . Saya seronok tengok dia berkawan. Cuma , dia tak berapa pandai nak berkongsi. Barang orang dia rampas, barang dia, dia tak bagi.
Mukmin dan 'sepupunya'...Dayen...umur mereka tak banyak beza...
--> Baca Lagi...



Jamuan Makan di Rumah Kak Hasni. Nasi Kurzi Johor yang sangat sedap. Ana wat , jamu kawan-kawan. Jadi cuma nasi lembik sikit.

















Ni plak juadah masa jamuan rumah Siti Zaleha. Setiausaha gD. Mee kari dan nasi kerabu. Asli dari Kelantan.


















Bersama bakal ibu....










Alhamdulillah, semalam saya sempat melawat Ammar Shafi(anak ein) dan Ammar.(lupa)........... ( anak adik junior Siti Sarah) . Sebenarnya saya ada bawa ikan haruan untuk ein, tapi huhuhu..tertinggal dalam bonet. Takde rezeki...rezeki suami la nampaknya ...hihihi...Mukmin dapat satu "kenangan" kat sana. Benjol besar kat kepala dia. Jatuh kat rumah ein. Seronok dia main ngan syifa'. Kami pun makan dengan tenang. Lauk kampung kat rumah ein tu memang menyelerakan. Pegaga cicah sambal tempoyak..seleranya.

Hari ni dapat cabutan bertuah Kelab Guru.. Baucer Bulan Madu kat Everly Resort Hotel... kah3...2 hari satu malam...yang lain dapat hamper...cikgu laki plak sorang je yang dapat...sampai ada yang merajuk-rajuk ...hehehe...

Hari Sabtu lepas, kami cikgu2 ada LADAP. Tapi kali ni lain sikit, ada kawad kaki dan senamrobik. Saya rasa seronok sangat. Dapat lepaskan sedikit tekanan yang ada. Tambah menyeronokkan bila suami dan mukmin datang sekali. Mukmin pun turut berpoco-poco dan bersenam robik ngan kami. Malam tu dia tidur lena sangat kepenatan. Lagi seronok coz takyah masak tengahari tu, coz dah makan tengahari ngan suami kat sekolah. Makan malam pun saya 'off' kerana ada jamuan akhir tahun asrama malam tu. Untuk semua dan segala hal..alhamdulillah.

Hm...lagi 3 minggu kena berpisah dari suami dan anak...gonna miss u two...

K...sekian dulu..wassalam
--> Baca Lagi...

Alhamdulillah..

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah..akhirnya tak sampai tiga bulan urusan pembelian rumah kami di Taman Peruna telah selesai. Diatas geran rumah tersebut, telah tercatat nama kami…Saya niatkan hasil Peruna ini antaranya untuk bekalan menunaikan ibadah Haji. Kalau saya nak gunakan duit gaji, takut ada ketika saya bekerja, amanah yang diberikan tidak saya lakukan dengan sepatutnya. Pada hemat saya, hasil rumah sewa insha Allah, tidak ada amanah yang berkaitan dengan hasil yang kita dapat. Hasil rumah Pantai Dalam pula lebih kepada untuk keperluan Mukmin. Walaupun hidup kami serba sederhana dan tidak mewah, tapi saya selalu berdoa agar Allah mengurniakan perasaan ‘cukup’ dan ‘mengkayakan’ dada saya dan suami. Waktu menghantar anak ke pengasuh dalam keadaan hujan, hati ini merasa cukup2 bersyukur kerana mempunyai kereta kecil yang dapat menumpang kami daripada air hujan. Betapa saya merasa ‘cukup’ dan ‘selesa’ dengan kereta kecil kami. Ya Allah, dengan kasih sayangMu, kurniakan barakahMu dalam kehidupan kami ini. Rezekikan kami kesihatan sehingga kami boleh beribadah dan bekerja dengan selesa di muka bumi ini. Rezekikanlah kemudahan dalam urusan kehidupan kami. Rezekikanlah hati yang sejahtera dan husnul khatimah kepada kami. Tiada apa yang kekal dan semuanya akan dikembalikan kepadaMu jua.

Sayu hati bila membaca ayat dapd Surah ‘Abasa…(ayat 33-42)

“ maka apabila datang suara yang memekakkan(tiupan sangkakala yang kedua) , pada hari itu manusia lari daripada saudaranya, dan dari ibu dan bapanya, dan dari isteri dan anak-anaknya, Setiap orang pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya. Pada hari itu ada wajah yang berseri-seri..tertawa dan gembira. Dan ada pula ada wajah-wajah yang tertutup debu(suram), tertutup oleh kegelapan. Mereka itulah orang kafir lagi durhaka.”

--> Baca Lagi...

Sungguh...aku rindu

Ada sesuatu yang amat aku rindu.

Aku rindu pada majlis dan kuliah ilmu...

aku rindu berjemaah di surau seperti satu masa dulu...

aku rindu mathurat yang dibaca tanpa jemu...

aku rindu kelembutan hatiku mendengar al Quran di alun sayu....

mata ini rindu untuk menangis waktu berteleku...

Aku rindu akan damainya hati meniti hari..

aku rindu bahagianya jiwa di dalam naungan ilahi...

mengapa diri..itu semua tak ku rasakan lagi...

ke mana ia hilang, tak dapat ku cari....



Tuhan...ya ilahi..diri ini kotor ,hina dan keji

dipenuhi dosa kanan dan kiri

Hidup di dunia ini tidak beerti

Andai Engkau membiarkan ku begini..

Tuhan...rinduku cukup membuak-buak lagi

Pada persis hidup bersama ilahi

Tiada daya kudratku ini..

Andai Engkau tidak menghiraukan ku lagi..



Tuhan..aku cukup rindu..

namun aku juga cukup memerlukan bantuan dariMu

untuk kembali mencintai Mu,

dan mencintai kehidupan di atas jalanMu..

Seronok, ceria dan bahagia..

walau ujian hidup tiada henti menimpa

setiap detik dan ketika

susah dan senang bertukar ganti..

namun alangkah bahagia andai hidup bersama Ilahi..

senang disyukuri, susah sabar dan redha kukuh di hati...


Semangat ku kian membara..untuk kembali meraih cinta

Namun ku gusar andai semangat ini longlai dimakan masa

Kerana itu ya Allah kepadaMu aku bergantung dan meminta

Mukmin yang berjaya sentiasa memperbaiki dirinya..

Tenang ..damai..ceria dan bahagia..

Engkaulah Pengurnia kekuatan itu.
--> Baca Lagi...

Mukmin DiRumah Moyang


Aktiviti Mukmin di Rumah Moyang (Perak)




Seronok nya dapat main air.














Eeeiiii...sejuk ummi..Menggigil badan dia masa mula2 masuk sungai







Ni la umah moyang kat Sahom











Keistimewaan umah moyang adalah dapat mandi sungai..






Ni plak masa balik raya umah tok ma(kelantan)
Assalamualaikum dan Salam pertemuan kembali.

Seronok , sedih , gembira ...semuanya ada mendengar pelbagai berita yang menimpa sahabat2 dynamician. ..Sungguh...hidup ini adalah medan ujian, untuk Allah uji kesyukuran dan kesabaran kita. Masing2 ada lembaran ujian tersendiri. Bahagian masing2 mengikut perkiraan dan percaturan Allah yang maha Bijaksana. Ujian itu berbeza kerana kemampuan kita untuk menghadapi ujian itu pun berbeza.


Apapun, tabahkan hatiku dan hati sahabat2ku dalam menempuh ujianMu ya Allah...tak kuat kami tanpa kudrat dan pertolonnganMu. Moga ada maghfirah dan pe4mbalasan yang baik atas kesabaran dan kesyukuran kita. Hidup pasti kena diteruskan selagi nyawa masih di badan..berjuang..berjuang ..dan berjuang...

Seronok juga mendengar berita kelahiran dan bakal kelahiran zuriat-zuriat pewaris Islam di hari muka. Moga Allah memberkati selamanya...

Lama tidak menulis kerana selepas saja cuti raya, saya diuji dengan ujian kesihatan. Hampir sebulan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerja. Dan kadang-kadang rasa nak meluangkan masa menulis blog waktu di sekolah pun rasa bersalah..takut masa bekerja tersalah guna. Balik rumah , urusan rumahtangga menunggu , badan juga mengajak-ajak dibawa berehat. :) Itulah rutin nya...
Menulis ni pun sekadar melepas rindu...walau tak banyak tapi cukup la kot..hihihi...
Juampa lagi...:)



















































--> Baca Lagi...
Blog Widget by LinkWithin