Quality Time Kami

Assalamualaikum... :)


Hari ini ada ceramah dan tandatangan buku rekod di sekolah. Lepas Solat Jumaat, kami jumpa lawyer sain SNP. Aalhamdulillah, segalnya berjalan lancar. Keseluruhan proses paling lama akan mengambil masa 6 bulan. Sesuailah...kerana dalam tempoh itu , masa yang ada adalah untuk kami membuat persdiaan fizikal dan mental untuk menduduki rumah baru. Inilah kali pertama aku membuat urusan pemblian rumah..dapat pengalaman. Pembelian rumah di KL dulu semua suami yang uruskan...Hari saya melahirkan mukmin, suami tiada disisi kerana dia pergi sain SNP. Dekat kul 5 ptg, barulah jumpa dia, sedangkan saya dah melahirkan mukmin jam 1130 pagi lagi...


Balik dari jumpa lawyer, saya segera bukak tv, nak tgk us izwan dalam al kulliyyah. Bangganya saya, ex YPM dah jadi ’orang besar’ . Alhamdulillah...Adik beradik seYPM plak tu..hihi...tutur katanya masih macam dulu. Tenang dan teratur. Hati berbisik, ” teruskan dakwahmu melalui ilmu dan lisanmu, kami menyokong dan mendokongmu dengan doa.” Teringat malam seblm tu, u izwan ada menghantar mesej minta suami saya doakan moga dimudahkan dia menjawab masa program tu nanti.



Esok tak kena gi LADAP. JPK HEM suh jaga budak.hihi

Hari Ahad nanti, ada motivasi antidadah plak. Fuh..busi....busi....Suami plak nak balik KL jap. Ada urusan kerja. Huhu...sunyi...Kalau Saifulislam dalam bukunya mengatakan isterinya merupakan teman berborak yang paling baik...begitulah saya rasakan terhadap suami saya. Saya bersyukur dan bertuah kerana saya dan suami boleh menjadi teman borak. Kata suami, suami isteri itu ibarat sahabat baik. Selalu berkongsi cerita dan rahsia. Kata suami lagi, dia suka mendengar saya bercerita. Kisah sekolah, budak2 dan apa2 yang berlaku dekat sekolah. Lebihnya dia, kerana mungkin kami sekufu dari segi cara pemikiran. Pemikiran kami hampir sama. Dah dua malam, mukmin tertido ’diulit’ dengan suara kami berborak. Waktu mengulit mukmin adalah quality time kami. Selain dari berjalan-jalan di Mydin mall sambil tunggu budak2 beli barang. Malam semalam mood saya kurang baik...ada tekanan2 tertentu. Sambil mengulit mukmin, suami tanya apa punca kegusaran sya. Saya kata fikiran saya serabut. Terasa banyak kerja yang perlu saya bereskan. Suami menjawab,” Salah satu punca sayang jadi gini adalah kerana sayang bukan jenis orang yang multitasking.” Selamba je dia mengutuk sya. Saya memang tarik muka masam, tapi dia tak nampak kot sebab dalam bilik tu gelap. ” Kalau sayang fokus satu benda, adalah yang lain akan terabai.” Dia meneruskan penjelasan (dan sesi mengutuknya). Dalam masam2 muka saya, hati saya sebenarnya rasa berbunga, rasa terharu dan hati saya ’senyum’ kerana masih ada orang yang boleh menilai keburukan saya dengan telus. Kata orang, sahabat yang sebenar adalah yang berani menegur kesilapan kita untuk kita perbaiki. Susah juga dapat sahabat yang asyik memuji dan tak mengeji sehingga benda yang salah pun kita teranggap betul kerana ada orang ’mengiyakan’ tanpa sebarang teguran. Dalam diam, saya akui kata—kata suami. Dia tepat dalam menilai saya, saya bukan seorang yang multitasking. ”So, apa harus ana buat?” saya bertanya, ikhlas untuk mendapat pandangan dia. ” Abang pun tak pandai sangat, tapi abang prrnah baca 7 Habits oleh steven Covey(betul ke x tah nama dia), salah satu cara mengatasi keserabutan fikiran adalah ...buat 1 list panjang apa yang kita perlu selesaikan sepanjang minggu tersebut. Ambil kertas a4, buat 4 kolum. Penting, tak penting, segera dan tak segera. Bahagikan job list tadi ikut kategori ni dan kita mulakan kerja kita di ats tindanan kolum penting dan segera. Itu yang saya tak blh nak cakap apa, walaupun dia komen saya, tapi dia sertakan dengan cara mengatasi. Salah satu metod dakwah yang baik...


Bahagia dan mendengar berita kawan yang bakal menambah cahayamata, Acik Za, Ina, Maslina (Masrina plak bila lagi..hihihi..), hm...ha..ein, wan zorah, uda, jeng3...ada sorang lagi, tapi yang empunya diri belum bagi umumkanhihihi.ada 7 orang. Moga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita semua untuk menghadapi ujian hidup...Bagi sahabat yang diuji Allah..ingatlah bahawa tika dan saat ujian itu, Allah sedang ’berbicara’ kepada kita tentang kesabaran dan keikhlasan. (pinjam kata2 dari ayat-ayat cinta...ada diulas oleh saifulislam dalam buku kedua beliau. )


Print jadual u aziz, isi harta modal peralatan ICT sekolah, settlekan PA system asrama, buat surat pengesahan majikan ...itu antara list kerjaku ujung minggu ni.
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin