Nasi Ayam Pertama

Assalamualaikum...

Mesti hari ni mukmin seronok bila bangun je dua2 wajah mak ngan ayah dia ada. biasa dia tengok wajah walid dia jer. hari ni dia btuk2 sikit. Risau dan gundah gulana jugak sbnrnya sekarang ni ...kat sekolah saya 3 orang guru telah dikuarantin kerana baru balik dari perkhemahan JPA3 peringkat kebangsaan. Melaka jadi tuan rumah. Disana 4 orang pelajar telah positif H1N1. Salah seorang guru tersebut plak kuarantin disebelah rumah saya jek...Sabar ye Siti, insha Allah takde pape. Kurantin ni sebagai langkah berjaga2...tambah plak , dengan ramainya pelajar yang demam panas, sakit tekak dsb...sedikit meletihkan 'minda' kami warden2.










Hari ni aku jaga asrama. Warden2 lain gi LDP. Aku curi2 masa menunaikan janji dengan 5 orang budak ajk jadual waktu yang aku akan belanja depa makan. Tapi fikir balik, why not just aku masak je la. Jimat sikit. So, pagi2 lagi aku dah kol ex rumate aku, Putri Shuhana bertanyakan resepi nasi ayam. Aku tak pernah cuba wat sblm ni...ni kira percubaan yang pertama la ni. hihihi....



Hm...banyak jugak dugaan dia. Kami terpaksa memasak nasi 2 kali kerana periuk nasi kami kecik la pulak. Kali pertama ok, tapi kali kedua, nasi mentah...risau ni...jam 1245 dah..janji ngan budak kul 1.00. Suami kata, cuba pindah dalam periuk biasa, masak atas dapur gas....idea yang bagus...alhmadulillah nasi tu selamat. Masa nak angkat kuah sup plak, macam mana tah, terlepas, tumpah la kuah skit, jatuh atas kaki plak...aduuuu....panas....last sekali alhamdulillah, aku berjaya gak masak nasi ayam...suami puji memang sedap...Budak2 ..toksah cakap la , licin...selain nasi ayam, kami juga ada idang spageti yang kami masak untuk sarapan pagi. Tapi sikit pun budak2 tu tak sentuh, semua membedal nasi ayam tu. Nasib baik suami terlintas nak simpan sikit, kalau tak alamatnya tak dapat la kami merasa lauk tu. Gambar nasinya tak sempat nak amik, angkat dari dapur, terus bagi budak2 makan. Yang lebih melengkapkan air lada 'kak wan' yang kami beli dari kelantan. melengkapkan lagi resepi nasi ayam ni.

Air plak , suami wat fresh oren segar. Yang tu memang kepakaran dia. Masak spageti, pindang, fresh oren, masak burger yang tu memag aku tak boleh amik peranan. dia memang terer. anyway , thanks shu for the resepi. Datang la Melaka, nanti saya masak lagi untuk awak ...hahaha...sambil bperang ngan anak tu dia ajar saya. Alhamdulillah, saya dah makin rajin masak...rasa puas dapat bagi makan keluarga hasil kita masak. walaupun biasa masakan kami simple je. Satu lauk dan satu sayur. Nasib baik suami tak cerewet sangat bab makan. :) Terima kasih jugak sayang...sudi bantu ana masak...kalau tak kelam kabut jugak. Masa wat fresh oren, terpaksa suami melayan mukmin coz oren memang kegemaran dia. Baru bagi, baru nak potong yang lain, dia dah minta lain..aduus...mukmin...mukmin...

Esok ada program motivasi antidadah. Nak kena prepare awal..insha Allah, ada masa jumpa lagi. Wassalam...
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin