Nasi Ayam Pertama

Assalamualaikum...

Mesti hari ni mukmin seronok bila bangun je dua2 wajah mak ngan ayah dia ada. biasa dia tengok wajah walid dia jer. hari ni dia btuk2 sikit. Risau dan gundah gulana jugak sbnrnya sekarang ni ...kat sekolah saya 3 orang guru telah dikuarantin kerana baru balik dari perkhemahan JPA3 peringkat kebangsaan. Melaka jadi tuan rumah. Disana 4 orang pelajar telah positif H1N1. Salah seorang guru tersebut plak kuarantin disebelah rumah saya jek...Sabar ye Siti, insha Allah takde pape. Kurantin ni sebagai langkah berjaga2...tambah plak , dengan ramainya pelajar yang demam panas, sakit tekak dsb...sedikit meletihkan 'minda' kami warden2.










Hari ni aku jaga asrama. Warden2 lain gi LDP. Aku curi2 masa menunaikan janji dengan 5 orang budak ajk jadual waktu yang aku akan belanja depa makan. Tapi fikir balik, why not just aku masak je la. Jimat sikit. So, pagi2 lagi aku dah kol ex rumate aku, Putri Shuhana bertanyakan resepi nasi ayam. Aku tak pernah cuba wat sblm ni...ni kira percubaan yang pertama la ni. hihihi....



Hm...banyak jugak dugaan dia. Kami terpaksa memasak nasi 2 kali kerana periuk nasi kami kecik la pulak. Kali pertama ok, tapi kali kedua, nasi mentah...risau ni...jam 1245 dah..janji ngan budak kul 1.00. Suami kata, cuba pindah dalam periuk biasa, masak atas dapur gas....idea yang bagus...alhmadulillah nasi tu selamat. Masa nak angkat kuah sup plak, macam mana tah, terlepas, tumpah la kuah skit, jatuh atas kaki plak...aduuuu....panas....last sekali alhamdulillah, aku berjaya gak masak nasi ayam...suami puji memang sedap...Budak2 ..toksah cakap la , licin...selain nasi ayam, kami juga ada idang spageti yang kami masak untuk sarapan pagi. Tapi sikit pun budak2 tu tak sentuh, semua membedal nasi ayam tu. Nasib baik suami terlintas nak simpan sikit, kalau tak alamatnya tak dapat la kami merasa lauk tu. Gambar nasinya tak sempat nak amik, angkat dari dapur, terus bagi budak2 makan. Yang lebih melengkapkan air lada 'kak wan' yang kami beli dari kelantan. melengkapkan lagi resepi nasi ayam ni.

Air plak , suami wat fresh oren segar. Yang tu memang kepakaran dia. Masak spageti, pindang, fresh oren, masak burger yang tu memag aku tak boleh amik peranan. dia memang terer. anyway , thanks shu for the resepi. Datang la Melaka, nanti saya masak lagi untuk awak ...hahaha...sambil bperang ngan anak tu dia ajar saya. Alhamdulillah, saya dah makin rajin masak...rasa puas dapat bagi makan keluarga hasil kita masak. walaupun biasa masakan kami simple je. Satu lauk dan satu sayur. Nasib baik suami tak cerewet sangat bab makan. :) Terima kasih jugak sayang...sudi bantu ana masak...kalau tak kelam kabut jugak. Masa wat fresh oren, terpaksa suami melayan mukmin coz oren memang kegemaran dia. Baru bagi, baru nak potong yang lain, dia dah minta lain..aduus...mukmin...mukmin...

Esok ada program motivasi antidadah. Nak kena prepare awal..insha Allah, ada masa jumpa lagi. Wassalam...
--> Baca Lagi...

Quality Time Kami

Assalamualaikum... :)


Hari ini ada ceramah dan tandatangan buku rekod di sekolah. Lepas Solat Jumaat, kami jumpa lawyer sain SNP. Aalhamdulillah, segalnya berjalan lancar. Keseluruhan proses paling lama akan mengambil masa 6 bulan. Sesuailah...kerana dalam tempoh itu , masa yang ada adalah untuk kami membuat persdiaan fizikal dan mental untuk menduduki rumah baru. Inilah kali pertama aku membuat urusan pemblian rumah..dapat pengalaman. Pembelian rumah di KL dulu semua suami yang uruskan...Hari saya melahirkan mukmin, suami tiada disisi kerana dia pergi sain SNP. Dekat kul 5 ptg, barulah jumpa dia, sedangkan saya dah melahirkan mukmin jam 1130 pagi lagi...


Balik dari jumpa lawyer, saya segera bukak tv, nak tgk us izwan dalam al kulliyyah. Bangganya saya, ex YPM dah jadi ’orang besar’ . Alhamdulillah...Adik beradik seYPM plak tu..hihi...tutur katanya masih macam dulu. Tenang dan teratur. Hati berbisik, ” teruskan dakwahmu melalui ilmu dan lisanmu, kami menyokong dan mendokongmu dengan doa.” Teringat malam seblm tu, u izwan ada menghantar mesej minta suami saya doakan moga dimudahkan dia menjawab masa program tu nanti.



Esok tak kena gi LADAP. JPK HEM suh jaga budak.hihi

Hari Ahad nanti, ada motivasi antidadah plak. Fuh..busi....busi....Suami plak nak balik KL jap. Ada urusan kerja. Huhu...sunyi...Kalau Saifulislam dalam bukunya mengatakan isterinya merupakan teman berborak yang paling baik...begitulah saya rasakan terhadap suami saya. Saya bersyukur dan bertuah kerana saya dan suami boleh menjadi teman borak. Kata suami, suami isteri itu ibarat sahabat baik. Selalu berkongsi cerita dan rahsia. Kata suami lagi, dia suka mendengar saya bercerita. Kisah sekolah, budak2 dan apa2 yang berlaku dekat sekolah. Lebihnya dia, kerana mungkin kami sekufu dari segi cara pemikiran. Pemikiran kami hampir sama. Dah dua malam, mukmin tertido ’diulit’ dengan suara kami berborak. Waktu mengulit mukmin adalah quality time kami. Selain dari berjalan-jalan di Mydin mall sambil tunggu budak2 beli barang. Malam semalam mood saya kurang baik...ada tekanan2 tertentu. Sambil mengulit mukmin, suami tanya apa punca kegusaran sya. Saya kata fikiran saya serabut. Terasa banyak kerja yang perlu saya bereskan. Suami menjawab,” Salah satu punca sayang jadi gini adalah kerana sayang bukan jenis orang yang multitasking.” Selamba je dia mengutuk sya. Saya memang tarik muka masam, tapi dia tak nampak kot sebab dalam bilik tu gelap. ” Kalau sayang fokus satu benda, adalah yang lain akan terabai.” Dia meneruskan penjelasan (dan sesi mengutuknya). Dalam masam2 muka saya, hati saya sebenarnya rasa berbunga, rasa terharu dan hati saya ’senyum’ kerana masih ada orang yang boleh menilai keburukan saya dengan telus. Kata orang, sahabat yang sebenar adalah yang berani menegur kesilapan kita untuk kita perbaiki. Susah juga dapat sahabat yang asyik memuji dan tak mengeji sehingga benda yang salah pun kita teranggap betul kerana ada orang ’mengiyakan’ tanpa sebarang teguran. Dalam diam, saya akui kata—kata suami. Dia tepat dalam menilai saya, saya bukan seorang yang multitasking. ”So, apa harus ana buat?” saya bertanya, ikhlas untuk mendapat pandangan dia. ” Abang pun tak pandai sangat, tapi abang prrnah baca 7 Habits oleh steven Covey(betul ke x tah nama dia), salah satu cara mengatasi keserabutan fikiran adalah ...buat 1 list panjang apa yang kita perlu selesaikan sepanjang minggu tersebut. Ambil kertas a4, buat 4 kolum. Penting, tak penting, segera dan tak segera. Bahagikan job list tadi ikut kategori ni dan kita mulakan kerja kita di ats tindanan kolum penting dan segera. Itu yang saya tak blh nak cakap apa, walaupun dia komen saya, tapi dia sertakan dengan cara mengatasi. Salah satu metod dakwah yang baik...


Bahagia dan mendengar berita kawan yang bakal menambah cahayamata, Acik Za, Ina, Maslina (Masrina plak bila lagi..hihihi..), hm...ha..ein, wan zorah, uda, jeng3...ada sorang lagi, tapi yang empunya diri belum bagi umumkanhihihi.ada 7 orang. Moga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita semua untuk menghadapi ujian hidup...Bagi sahabat yang diuji Allah..ingatlah bahawa tika dan saat ujian itu, Allah sedang ’berbicara’ kepada kita tentang kesabaran dan keikhlasan. (pinjam kata2 dari ayat-ayat cinta...ada diulas oleh saifulislam dalam buku kedua beliau. )


Print jadual u aziz, isi harta modal peralatan ICT sekolah, settlekan PA system asrama, buat surat pengesahan majikan ...itu antara list kerjaku ujung minggu ni.
--> Baca Lagi...

Operasi "renovate rumah"

Assalamualaikum..selamat berjumpa sekali lagi.

Hari Ahad merupakan hari mengemas sedunia. Mentang2 budak2 balik, hanya kami je yang tinggal kat sekolah. peluang tu kami gunakan untuk renovate sikit rumah kami. bukan renovate ape pun..mengemas stor je pun. Kami lambakkan semua brg2 dalam stor ke luar dan hasilnya dr pengemasan itu, amat memuaskan hati.


Ni la rupanya barang2 stor yang kami longgokan di depan rumah. Ada air cond tapi takde modal nak pasang.hihihi.....

Tahla..dalam 3 4 bulan, susun atur rumah kami pasti akan berubah. 1 nya , mengikut keperluan pembesaran mukmin. Ape2 yang bahaya untuk dia main atau capai, kami letakkan dalam satu bilik yang kami akan sentiasa tutup. Memang dah lama saya mengimpikan satu rumah yang ada satu bilik khusus untuk solat/ bilik ibadah. kalau boleh sediakan bilik untuk komputer, takkan bilik khusus untuk kita beribadah tak boleh diadakan. Sebab tu, saya mengimpikan rumah kekal kami rumah yang banyak bilik, supaya ada ruang privacy untuk ibadah dan bilik untuk tetamu supaya mereka selesa bertandang ke rumah kami... (hihi...tingginya angan2...:) )


Meluangkan waktu untuk sesi mukmin bersenam. mak bapak dia tah bila2 tah nak mula bersenam plak.


Bilik stor yang dah siap dikemas. teratur dan kemas. hihi.

Bilik solat . Lengang dah keluarkan komputer ke bilik ujung. Setakat ni kongsi dulu bilik solat n bilik tetamu.

Komputer dialih ke bilik ujung. Privacy walid nak wat kije.

Rumah idaman..hihihi...takdela.... Ni rumah idaman untuk di wat property je. Jika Allah mentakdirkan rezeki kami atas rumah ni..kami berdoa dan berharap untuk dimudahkan urusan untuk memiliki rumah ini. Andaikata tak baik bagi kami, moga Allah tutup jalannya. Hnya Dia Yang Maha Mengetahui.

Membeli rumah untuk tujuan property tak dinafikan mempunyai risiko tersendiri. tapi atas dasar kami ni hamba Allah dan manusia yang lemah, sekadar yang kami mampu, kami telah brainstorm keputusan kami. Pandangan kawan2 yang dah lama duduk sini pun diambil kira. Banyak faktor yang diambil kira. Lokasi, perancangan masa depan, value rumah tersebut dsb.

Pertaruhan ini agak besar juga. Saya meletakkan keyakinan ke atas lokasi strategik rumah ini yang berdekatan dengan loji penapisan petronas. Ikut history sebelum ini, penyewa memang tak putus. Dan petronas meletakkan harga sewa yang tingi untuk para kontraktor dia. Ia juga berdekatan dengan kem askar, sekolah, pekan sg udang, yang menambahkan value rumah tu. kawasan tu juga dalam proses untuk diambil alih oleh petronas. (Rumah tu lokasi dia betul2 depan pintu masuk loji petronas). Berbekalkan faktor2 yang ada, kami tawakkal untuk cuba memilki rumah tersebut. Walaupun kami bukanyya mampu sangat pun, tapi kata sorang kawan saya, kalau kita tak beli rumah pun, duit tu akan habis tah kemana2. Andaikata kita ada komitmen, kita akan lebih pandai mengurus wang. Lagipun harga rumah memang akan naik. Katanya tak rugi..Mungkin itu kata2 sokongan yang ikhlas diberikan. Terima kasih atas pandangan dan sokongan kalian.

Minggu ni kepala saya sakit dok wat jadual baru. guru jadual waktu cuti bersalin tanpa sempat mencurahkan ilmu pada saya. 1 Hari saya berkurung dalam makmal...explore perisian winjaws tu. Menuntut dari guru jadual tu pun hanya dengan mesej je. Setelah sehari mengerah otak, akhirnya SAYA BERJAYA MENYEDIAKAN JADUAL WAKTU BAGI SEKOLAH SAYA. Mungkin bagi orang lain, takde makna ape2. Tapi bagi diri saya, amat bermakna kerana saya dah ada peningkatan. Bagi saya itu ilmu yang sangat bernilai. Ilmu membuat jadual waktu ..:) Dua minggu ni juga saya kena wat jadual relif sorang2. biasa kami gilir2 dua orang. tapi kawan saya tu induksi 2 minggu. huhu...cepat la balik....waaa...

Hari sabtu ada LADAp lagi. Seronok gak gi LADAP ni. Mungkin bagi cikgu yang baru macam saya kot. Ilmu...

Cukup setakat ni. nakwat jadual relif untuk esok lak. Kul 5 amik mukmin , dah nak fokus pada dia. Dia perlukan "PERHATIAN" Buku "bercinta samapai ke syurga ' bagai saifulislam cukup memberi makna pada saya..untuk menghargai insan yang bernama 'anak...'...
--> Baca Lagi...

Kemas jangan tak kemas

Assalamualaikum wrt wbt..

Hari ni satu hari suntuk aku dan suami all out kemas rumah kami. Bilik kom dah ditukar ke bilik hujung,manakala bilik tengah dijadikan bilik solat dan bilik tetamu. Dan juga bilik baju2 kerja aku.hihihi...

Terima kasih wahai suamiku..memang dia penat ...dia yang banyak wat kije. aku tolong tgk mukmin je. hihihi...tolong wat air jek..

Esok, ada banyak urusan yang nak diselesaikan...mukmin, ummi n walid tinggalkan kat umah mak ramlah ye kejap. Esok, cikgu2 cuti, tapi pekerja pejabat kije. tak cuti. Moga dimudahkan Allah urusan di Maybank dan KWSP nanti, Amin.

Sedikit risau pagi tadi mukmin bangun ada bintik2 merah kat muka kaki dan tangan. dia baru je sembuh virus tangan , kaki dan mulut. Janganlah sakit lagi...cian anak ummi.

Minggu lepas tak balik, minggu ni tak balik, minggu ddepan pun tak balik kl coz ada ladap. Tapi pastu kena balik kot, cian mukmin rindu kat opah ngan atok KL. hihihi..

Cepatlah besar, wahai anakku...apatah sambungan lirik lagu tu,...hihi..hafidzul mukmin ....
--> Baca Lagi...

Cuti Isra' Mikraj

Bukan main galak kalu melukis



Group work..

Masa jamuan hari raya..

Tekun nampak..


Hari ni sekolahku cuti 3 hari. sampai Isnin. Tapi kami tak balik KL. Saje nak berehat sj di Melaka. Kurang sikit kos perjalanan. hehehe....

Mukmin dah kurang meragam..baru aku dapat trace...masa weekdays dia meragam kerana nak dapatkan perhatian.

Ku akui , balik dari sekolah , aku terus bergegas membuat kerja rumah. Memasak ., mengemas dsb. Hanya tegur dia semasa bermain, gitu2 jek. No wonder dia lagi manja ngan walid dia.

Ada satu malam sampai kul 12 dia tak tido lagi. Sampai kami terpaksa bawa dia dalam kereta , 2 kali round sekolah , barulah dia tertido dalam ekond.

Tapi, masa hari Jumaat semalam, ku betul2 fokuskan untuk melayan dia. Hari ni pun , dan kudapati dia lagi mudah tido, kurang menangis dan banyak gelak. Suruh hug, dia hug, senyum siap tutup mulut lagi tu. senyum bersopan.

Dah setahun 3 bulan dia. Anak...oh anak..permata hati, penyejuk mata. Dia semakin galak berjalan. Ada perkembangan. Bukak baju dia, terus dia tarik jalan gi bilik air. tanpa dia, rasanya sunyi hidup kami. Dia hadir tepat pada masanya. Masa pantang, aku dapat tawaran jadi guru. mungkin rezeki dia. Ada juga tawaran ikuti kursus PTD, tapi kerana ada ujian fizikal, i cannot make it. masa tu dalam pantang belum sampai 30 hari.

Petang tadi , kami pergi survey rumah. Dekat ngan loji petronas. cadang nak beli rumah tu untuk property. Rumah tu memang ada value coz ada kontraktor dari petronas yang akan menyewa. tapi hari isnin ni baru nak survey loan dsb. Ya Allah, Kau lebih Tahu, andai ia baik, mudahkanlah urusan kami. Perumhan lama, tapi besar rumahnya. Kalau renovate memang selesa. Tapi kami tak cadang nak duduk pun. Takde modal nak renovate lagi. hehehe...

Esok pula, nak kemas bilik stor rumah kami. Kalu sempat, nak tukar bilik tu jadi bilik tetamu. Kalau ada orang datang, blh berehat dsb. Ni tak, dok bilik kom je. Tak selesa.

dah dekat setahun jadi guru, ku rasakan dari segi PNP dah agak mudah. Mengajar bahasa agak mudah jika kita ada bahan. Aku banyak gunakan ict, aku kurang mahir kalu dok depan, bercakap dan menulis kat papan hitam. Aku pegang kapur pun, kalu yang panjang tu la, tak pernah tak patah. Sampai budak pun tegur, cikgu pegang kapur asyik patah je. Aku sedikit bangga, dengan usaha kecilku bersama guru-guru bahasa lain, kami dapat tukarkan makmal komputerr yang tak tak digunakan menjadi bilik bahasa. siap dengan TV, LCD dan radio. Pelajar lelaki memang tak boleh belajar cara budak pompuan belajar.

Hmm...rasanya cukup kot., Ada perkembangan saya tulis lagi


--> Baca Lagi...

kenangan2 yg terindah

Rupa Dragon yang kami naiki semasa kursus di genting Highlands


Best dapat naik naga...ha..ha..ha..

Masa free takde ceramah amik peluang jalan-jalan sekitar GH

Anak keempat Us jije dan Kak jannah
--> Baca Lagi...

Anak oh Anak...

Tidak dinafikan suatu masa dulu, kami tidak terasa sangat cabarannya dalam membesarkan Mukmin. Namun, setelah dia menjangkau usianya setahun, barulah ujian itu bermula...

Tidak kunafikan kadangkala amat menggugat kesabaran. Ditengking, dimarah...mencemik dan meraunglah dia... menambah penat minda dan fizikal.

Namun, marah itu seakan-akan tersekat dalam dada.  Andaikata walidnya marah..aku akan senyap dan padaku lah mukmin datang  "mengadu". Begitulah sebaliknya...Dia memang amat manja dengan walidnya....mungkin waktu yang diluangkan bersama lebih dariku. Yang hari isnin - khamis, 8-5 adalah hari untuk aku fokus bekerja.  dan ku peruntukkan hari jumaat , sabtu dan Ahad waktu untuk keluarga. Walaupun setiap minggu jumaat itu, family dayku  di Mydin Mall menemani budak-budak PUM membeli barang untuk jualan mereka.. Betullah kata Saifulislam, waktu berharga x semestinya di rumah. Pernah kami pergi tanpa membawa mukmin, kami tinggalkan pada pengasuh..namun aku dan suami sependapat...kosong rasanya kemana-mana tanpa mukmin. Betul...senang tak bawak dia..namun dalam hati terasa "kosong". lalu, sehingga sekarang, kami ke Mydin dengan membawa dia.

Anakku..maafkan ketidaksabaran kami..Jauh disudut hati, kami amat menyayangimu..
--> Baca Lagi...
Blog Widget by LinkWithin