Perkembangan di Maktab

Hari ni hari pertama maktab. Alhamdulillah , dah dapat jadual waktu. Kelas saya akan tamat pada 17 Dec ini. Alhamdulillah, taklah lewat seperti yang saya jangka. Hari ni saja kelas tamat pukul 10 malam. tipu kalau saya kata saya tak penat. Esok, the same this goes. At da same time, banyak assignment tertangguh dan on da spot yang perlu disiapkan. Pandai-pandai la kena curi masa untuk buat. tapi malam ni saya surrender sungguh. saya pikir nak tido jer. dah la lupa bawak bantal, tidur hanya berbantalkan sleeping bag untuk camping je. Tapi alhamdulillah, ada orang lain yang hanya berbantalkan lengan, bertilamkan tanah. Perkhremahan pula hanya akan diadakan di padang IPBA sahaja. Tetapi kami akan dibawa ke tempat2 tertentu untuk aktiviti-aktiviti tertentu. Tahun lepas, ke port Dickson untuk water confident ( paling saya tak suka). Cepatlah masa perkhemahan itu berlalu. Sungguh menekan jiwa rasanya dok pikir pasal perkhemahan tu.

Rindu pada mukmin dan suami tersayang, mula terasa. Terbayang senyum dan tawa suami. Dah lama , kami tak berpisah begini. Tapi, saya yakin perpisahan ini akan menambahkan cinta. Itulah formulanya. Saya lebih merasai kebaikannya apabila dia tiada bersama. Terasa betapa perlunya dia dalam hidup saya. Macam manalah suami menjaga mukmin sorang2. Saya tahu itu bukan perkara mudah. tapi itulah pengorbanannya demi saya..Biasanya setiap petang, dia balik makanan dah terhidang, tapi petang nipun, dia hanya singgah family store beli roti untuk makan malam.

Kepada semua, selama mengharungi bulan Zulhijah yang mulia. Antara hari yang paling baik dalam setahun. Ambillah peluang untuk menggandakan ibadah di saat2 barakah ini. Kutiplah bekalan ke sana setiap detik dalam kehidupan kita. saya rasa cukup untuk setakat ini. Saya nak tidooooo...esok there are many life challenges to go.
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin