Solat Membina rasa Kehambaan dan rasa Bertuhan

Assalamualaikum dan salam pertemuan..



Solat yang khusyuk akan mendatangkan rasa bertuhan , rasa gagah, berani dan optimis dalam hidup. Walau sekuat mana pun ujian hidup melanda, segala-galanya dapat di atasi dengan baik. Ini kerana kita yakin dan sedar akan ada selalu tempat untuk bergantung dan memohon pertolongan.

Salam Ramadhan semua....

Masuk hari ni dah empat hari kami berpuasa di rumah mak di KL. Mukmin nampak seronok ramai orang melayan dia. Siang pun tidur sekali je dalam sejam ke sejam setengah. Tapi bila malam siap la dia balas dendam. Dia tidur dalam kul 830-900 malam dan jam 800-830 pagi keesokannya barulah dia bangun. Mana taknya siang dia tak berhenti bergerak. Ada saja yang nak dimainnya. Saya sendiri tak sempat untuk membuat post di blog kerana full time menjaga dia. Barulah saya merasa macam mana penatnya seorang ibu menjaga dan 'mengejar' anaknya yang baru dapat kaki(baru blh berjalan). Kesian mak, saya tak dapat bantu dia masak dan sebagainya. Maaf mak atas kelemahan menantu mak ni...Walaupun mak selalu cakap,"xpe, ko jaga je mukmin tu."..tapi rasa bersalah tu tetap ada. So, mana2 yang blh saya bantu, saya akan bantu walaupun sedikit.

K la..mukmin pun nampak macam dah nak terjaga tu...saje melepaskan rindu kat blog ni. Terasa teringin nak brbuka umah kawan2 tapi suami lak tak suka macam tu. Dia kata nyusahkan orang jer...hik..hik...hik...



0 Responses
Blog Widget by LinkWithin