Selamat Tinggal Aspura Ahmadi

Salam pertemuan.

Bulan ini merupakan bulan terakhir aku berkhidmat sebagai warden di Ahmadi. Bulan ini juga kami dah check in di rumah baru. tak pindah sepenuhya lagi, namun kami menyewa sebulan awal kerana mahu berkemas sekit-sikit. harap2nya dapat settle sebelum mula puasa. sebab bulan puasa , masih banyak perkara lain yang mahu dikejar.

Rasanya keputusan untuk duduk di luar sekolah merupakan satu lagi turning point dalam kehidupan kami. Sudah tentu perbelanjaan bulanan kami , minyak, dsb akan bertambah. Namun, itulah kehidupan dan cabaran yang kami terpaksa lalui. Semua manusia kena lalui...Cabaran dan ujian itu lumrah kehidupan. malah , ia adalah makna kehidupan tersebut.

kami telah keluar dari zon selesa kami. tinggalkan sayur, cili, pokok jagung yang sedang membesar dsb untuk satu kehidupan yang kami doakan lebih baik untuk maslahah kehidupan keluarga kami.

Tuan rumah sewa kami kebetulan suami isteri orang pasir mas, kelantan. Mulanya dia nak sewakan pada kontraktor petronas dgn sewa rm 800, namun sebab sense 'kelantanese' , terus mereka ubah fikiran bagi pada kami.rumah tu kami sewa dengan harga RM 500 sebulan. Rumahnya agak besar..ruang laman luas dan panjang. Aku berkenan kerana ada ruang mukmin main dengan bebas. Biliknya juga luas, puas hati la...cuma dapurnya agak sempit. Tak macam rumah warden dulu..




Posing di depan rumah sewa..



Ruang depan rumah yang luas untuk mukmin bermain.
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin