Operasi "renovate rumah"

Assalamualaikum..selamat berjumpa sekali lagi.

Hari Ahad merupakan hari mengemas sedunia. Mentang2 budak2 balik, hanya kami je yang tinggal kat sekolah. peluang tu kami gunakan untuk renovate sikit rumah kami. bukan renovate ape pun..mengemas stor je pun. Kami lambakkan semua brg2 dalam stor ke luar dan hasilnya dr pengemasan itu, amat memuaskan hati.


Ni la rupanya barang2 stor yang kami longgokan di depan rumah. Ada air cond tapi takde modal nak pasang.hihihi.....

Tahla..dalam 3 4 bulan, susun atur rumah kami pasti akan berubah. 1 nya , mengikut keperluan pembesaran mukmin. Ape2 yang bahaya untuk dia main atau capai, kami letakkan dalam satu bilik yang kami akan sentiasa tutup. Memang dah lama saya mengimpikan satu rumah yang ada satu bilik khusus untuk solat/ bilik ibadah. kalau boleh sediakan bilik untuk komputer, takkan bilik khusus untuk kita beribadah tak boleh diadakan. Sebab tu, saya mengimpikan rumah kekal kami rumah yang banyak bilik, supaya ada ruang privacy untuk ibadah dan bilik untuk tetamu supaya mereka selesa bertandang ke rumah kami... (hihi...tingginya angan2...:) )


Meluangkan waktu untuk sesi mukmin bersenam. mak bapak dia tah bila2 tah nak mula bersenam plak.


Bilik stor yang dah siap dikemas. teratur dan kemas. hihi.

Bilik solat . Lengang dah keluarkan komputer ke bilik ujung. Setakat ni kongsi dulu bilik solat n bilik tetamu.

Komputer dialih ke bilik ujung. Privacy walid nak wat kije.

Rumah idaman..hihihi...takdela.... Ni rumah idaman untuk di wat property je. Jika Allah mentakdirkan rezeki kami atas rumah ni..kami berdoa dan berharap untuk dimudahkan urusan untuk memiliki rumah ini. Andaikata tak baik bagi kami, moga Allah tutup jalannya. Hnya Dia Yang Maha Mengetahui.

Membeli rumah untuk tujuan property tak dinafikan mempunyai risiko tersendiri. tapi atas dasar kami ni hamba Allah dan manusia yang lemah, sekadar yang kami mampu, kami telah brainstorm keputusan kami. Pandangan kawan2 yang dah lama duduk sini pun diambil kira. Banyak faktor yang diambil kira. Lokasi, perancangan masa depan, value rumah tersebut dsb.

Pertaruhan ini agak besar juga. Saya meletakkan keyakinan ke atas lokasi strategik rumah ini yang berdekatan dengan loji penapisan petronas. Ikut history sebelum ini, penyewa memang tak putus. Dan petronas meletakkan harga sewa yang tingi untuk para kontraktor dia. Ia juga berdekatan dengan kem askar, sekolah, pekan sg udang, yang menambahkan value rumah tu. kawasan tu juga dalam proses untuk diambil alih oleh petronas. (Rumah tu lokasi dia betul2 depan pintu masuk loji petronas). Berbekalkan faktor2 yang ada, kami tawakkal untuk cuba memilki rumah tersebut. Walaupun kami bukanyya mampu sangat pun, tapi kata sorang kawan saya, kalau kita tak beli rumah pun, duit tu akan habis tah kemana2. Andaikata kita ada komitmen, kita akan lebih pandai mengurus wang. Lagipun harga rumah memang akan naik. Katanya tak rugi..Mungkin itu kata2 sokongan yang ikhlas diberikan. Terima kasih atas pandangan dan sokongan kalian.

Minggu ni kepala saya sakit dok wat jadual baru. guru jadual waktu cuti bersalin tanpa sempat mencurahkan ilmu pada saya. 1 Hari saya berkurung dalam makmal...explore perisian winjaws tu. Menuntut dari guru jadual tu pun hanya dengan mesej je. Setelah sehari mengerah otak, akhirnya SAYA BERJAYA MENYEDIAKAN JADUAL WAKTU BAGI SEKOLAH SAYA. Mungkin bagi orang lain, takde makna ape2. Tapi bagi diri saya, amat bermakna kerana saya dah ada peningkatan. Bagi saya itu ilmu yang sangat bernilai. Ilmu membuat jadual waktu ..:) Dua minggu ni juga saya kena wat jadual relif sorang2. biasa kami gilir2 dua orang. tapi kawan saya tu induksi 2 minggu. huhu...cepat la balik....waaa...

Hari sabtu ada LADAp lagi. Seronok gak gi LADAP ni. Mungkin bagi cikgu yang baru macam saya kot. Ilmu...

Cukup setakat ni. nakwat jadual relif untuk esok lak. Kul 5 amik mukmin , dah nak fokus pada dia. Dia perlukan "PERHATIAN" Buku "bercinta samapai ke syurga ' bagai saifulislam cukup memberi makna pada saya..untuk menghargai insan yang bernama 'anak...'...
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin