Gambar Camping Kami

Salah seorang pensyarah Pengakap kami yang sangat dedikasi dalam mengajar kami, En Mohd Razi.

Cun tak? hihihi... gambar ni masa majlis penuntup perkhemahan dah. Sume kawan-kawan dah mekap-mekap . I pun join sekali la..hehehe...


Gambar bersama-sama dengan pensyarah. Ni la ahli kumpulan yang susah senang bertungkus lumus di maktab.



'Bapa' kami...Tn Hj kamar...Pesuruhjaya Pengakap Negeri









En Ramlan, pemberi markah kami...






Apa yang paling membanggakan dalam perkhemahan kali ini adalah kami lulus DENGAN CEMERLANG. Pensyarah amat berpuas hati dengan kerajinan kami, masakan kami, semangat kerjasama kami. Hubungan kami dengan pensyarah juga menjadi lebih rapat like a family. We are 1 family...
Perkhemahan ini banyak memberi peluang untukku mengenali diri sendiri. Kekuatan dan kelemahan diri. Walaupun ada satu masa , aku terpaksa bergantung pada ubat untuk menjalankan aktiviti, namun aku bersyukur, aku masih mampu dan tidak terlepas sebarang aktiviti.Sayangnya kami tidak ada aktiviti hiking and kayak coz bagi pengakap kursus ni lebih kepada kursus pengenalan, so less physical activities.
Saat paling membanggakan adalah sewaktu menerima sijil dan menyarungkan wogel di skaf kami sebagai tanda kami telah tamat dan layak menerima tauliah.Ada antara kawan-kawan saya yang menangis , terharu wooo...banyak lagu-lagu pengakap yang best yang kami dah belajar. Dok dalam dewan, kami asyik nyanyi jer. Tapi saya lega, saya nyanyi takde suami masa tu. kalu dia ada, mati dia kutuk suara saya. masa berkhemah tu, saya bebas menyanyi sepuas-puasnya.
Dan akhirnya saya dah ada facebook sendiri..uwaaaahhhh...(orang lain dah lama ada dah..)hihihi..tupun terpaksa buat coz nak amik gambar-gambar pengakap tu. Thanks kawan-kawan guide saya wat face book. So sweet in this life i have friends like you all.. :)
For you ..my love..I miss you so much..tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan rindu ini. Begitu juga pada anak kita...sebulan tidak dapat mengikuti perkembangannya... 1 sem more to go...sedikit saja lagi perjuangan ini...
Saya akhiri post saya hari ini dengan ungkapan pesanan daripada cikgu pengakap saya. " Walaupun kamu dalam keadaan susah,payah , sedih atau derita, SENYUMLAH..kerana senyuman itu mampu membahagiakan orang lain."

--> Baca Lagi...

Dah Lama Tak Jumpa

Semester ini menuntut pengorbanan masa, tenaga fizikal dan mental. yang lebih daripada biasa. Tidak mampu rasanya untuk membuat post baru dalam keadaan constraint sebegini. Alhamdulillah, paling kurang saya dah menyiapkan sebahagian tugasan yang diberikan sebelum aktiviti perkhemahan yang akan bermula esok. Itulah nasihat suami, supaya saya dapat camping dalam keadaan yang lebih tenang. Dan saya pun boleh fokus untuk camping. walaupun saya tahu aktiviti2 camping pasti amat memenatkan, namun bagi saya , itu bolehlah saya anggapkan waktu "rehat" saya daripada aktiviti mental yang saya lalui hampir 3 minggu ini. cepat-cepatlah hari perkhemahan berlalu...huhu...

After perkhemahan, tinggal 3 hari lagi pengajian di IPBA. Sekejap pula masa berlalu. Tahun ini, kesian ma..kami tak dapat balik menziarahinya di kelantan. suami saya susah nak dapat cuti, kami juga akan sibuk untuk perpindahan. Minggu terakhir cuti, macam biasalah, sekolah dah mula bermesyuarat dan sebagainya. Tahun hadapan, berdebar-debar gak hati nak praktikum. Really lots of works to do. Lesson plan untuk praktikum sungguh panjang. kena wat hari-hari tu..huhuhu...

Dalam pada itu, hati turut terhibur menyaksikan perkembangan tumbesaran Mukmin yang sekarang berusia setahun 8 bulan. Bila gelak sungguh comel, bila nangis dan merajuk plak meleret-leret selagi tak dapat apa yang dia kehendaki. Tak dapat dinafikan , membesarkan anak menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Di maktab , semua kawan-kawan ada facebook. Saya pun turut teruja giler nak ada facebook tu.hihihi...tapi sampai sekarang masih belum berkesmpatan nak daftar. Takpelah, mungkin lepas maktab la..risau gak...asyik ngan facebook, konsentrasi pun kurang. Biarlah saya fokus pada pengajian dan tugasan dulu. Facebook tu bila-bila pun boleh..hehehe..Saya suka kalau saya meninggalkan maktab saya tanpa tugasan yang membelenggu.saya ingin bersama-sama dengan keluarga saya dengan sepenuh jiwa saya. walaupun tak mungkin saya dapat gantikan sebulan waktu ketiadaan saya dengan mereka, namun saya berazam meluangkan masa yang berkualiti walaupun dalam kuantiti yang cukup terbatas.

Saya rasa sekadar ini untuk kali ini. Curi-curi masa dalam kuliah ni ...kui3.....
--> Baca Lagi...
Blog Widget by LinkWithin