Pandanglah dengan Mata Hati


Sampai di rumah mak dan abah, mereka sedang bersiap-siap untuk ke hotel bagi majlis penerimaan anugerah abah. Mak dah siapakan masakkan ikan haruan masak lemak rebung ngan ikan haruan masak pindang(ini adalah menu harian saya waktu mak jaga saya masa pantang dulu...) Mak kata dia masak tu memang khusus untuk saya ...terima kasih mak... Dalam hati, rasa terharu sangat..kira dah setahun saya tak makan masakan tu, hari ni mak buat khas untuk saya.


(Apa la yang ada kat atas siling umah opah tu...)











Sejurus mak n abah bertolak, aku tak sabar lagi nak menjamah ikan haruan "air tangan " mak.. Suapan yang pertama, ngap...terasa tekak ni tersekat...dada sesak...saya terlekat tulang dan sisik ikan haruan tu. Seksa sangat kerongkong dan dada. Rasa susah sangat tak bernafas. Suami yang masa tu baru nak memulakan suapan terhenti makannya. Ditepuk2 belakang saya, saya cuba makan kepalan nasik..tapi tak berkesan. Suami kelam kabut kol mak apa patut buat. Mak suruh minum air dalam senduk..saya yang tak tertahan lagi sakit, terus ajak suami jumpa dr..











Dr hanya bagi ubat tahan sakit dan antibioktik kerana kebetulan waktu tu kbtln saya memang demam dan sakit tekak. ( Suami penah tegur, perasan atau tidak , aku dah setahun tak demam...ya betul...aku pun tak perasan sebenarnya..aku sekadar senyum, bukan bangga..tapi aku sbnrnya rasa takut, sedih, bimbang...sudah tidak sayang lagikah Allah padaku...tapi bagi ku Allah memberi jawapan
dengan "demam" ini.. Dia ingat., Dia sayang...cuma aku yang tidak leka mengingati Dia..)



Tak lama, mak balik. Mak buatkan air dalam tudung periuk. selawat dan terus minum air tu...Masih takde perbezaan. tak lama , aku terfikir untuk cuba sekali lagi makan kepalan nasi. Aku cuba...SubhanaLLAH, aku berttakbir panajang...deritaku yang hampir sejam tadi Allah hilangkan sekelip mata. Sesak nafas, perit tekak menelan air liur, semua hilang dan aku kembali normal. Telan air lir, langsung tak rasaa sakit.



(Inilah rupanya rumah opah yang telah "dipecahkan " oleh Mukmin. )










Bila kita pandang apa yang kita alami hanya sekadar peristiwa, pasti sesuatu kejadian itu tidak membawa makna ape2..Namun, andai kita pandang dengan mata hati, kita sendiri yang akan merasa malu dan gerun sendiri. Agaknya mungkin mulut ini sudah banyak membuat dosa, agaknya ini teguran Allah untukku agar aku ingat padanya, agaknya ini tanda cinta penghapus dosa,agaknya ini "amaran" kerana aku berbuat dosa. YA ALLAH...
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin