Mukmin di Hotel Sunway Resort
Mukmin selepas kekenyangan
Berselera menikmati sarapan pagi
Ni la kali pertama kami sekeluarga menjejak kaki ke hotel 5 bintang. Abah bagi can kat kami. Sebenarnya abah nak bagi can kat cucu dia tu. Kami awalnya keberatan, tak nak kacau masa mak ngan abah berehat. Tapi abah beria sangat nak kami ambil tempat mereka. Nak bagi kami rasa dok hotel lima bintang. aKHIRNYA SUAMI kata pergilah...tak baik menghampakan harapan orang tua. So petang tu, kami ke hotel Sunway Beach Resort. Sangat selesa dengan hampir sume kelengkapan ada. Saya dan suami mengambil kesempatan berehat dan menjamah pelbagai masakan enak yang disediakan.
Waktu di hotel, sangat terasa keselesaannya. Terlintas di hati, mampukah saya menyediakan tempat berehat untuk alam selepas dunia nanti dengan seselesa ini. Alangkah bahagianya andaikata "rumah" kita disana juga selesa, menjadi salah satu daripada taman2 syurga. Semasa kita di dunia , kita bertungkus lumus untuk menyediakan keselesaan untuk hari tua kita. Pelbagai pakej kita ikuti.. Pakej KWSP, Skim Pencen, Pelan Takaful Persaraan yang pelbagai, "property" dsb untuk memastikan kehidupan di hari tua kita adalah kehidupan yang selesa. Tersentak juga hati apabila terkadang terfikir kita hanya banyak berbicara, berbincang untuk pelan keselesaan dunia. Tanpa kita sedari kita jarang membuat perancangan untuk pelan akhirat kita. Ke3simpulannya kita lebih leka dengan kilau kehidupan dunia dan kurang serius memikirkan kehidupan akhirat kita.
"Ya Allah, tunjuki kami jalan, berikan kami kekuatan, bukakan pintu hidayah, bersihkan kekotoran hati ini, agar bersinar kembali menerima cahaya,dan istiqamahkan kami wahai tuhan di atas jalan cahaya tersebut." Amiiin....

Catat Ulasan