Solat Dulu Baru Kehidupan

Assalamualaikum...

Jarang sekali dapat ku membuat post baru untuk blog ini... Bukan tiada masa...ada..tapi pada perkiraanku, masa itu untuk digunakan buat menambah ilmu bagi mendidik anak didikku lagi utama.. Aku lebih bertanggungjawab untuk menelaah dan menyediakan pengajaran yang terbaik buat anak didikku...mencari maklumat, menyediakan slaid, untuk menarik perhatian pelajar terhadap pelajaran. Sedihnya melihat anak bangsa Islamku malas belajar, malas berfikir dan malas berusaha... Belajar hanya dengan cara disuap sahaja.

Salahkah aku sebagai guru...dengan itu aku mencuba yang terbaik untuk menjadi guru yang amanah, yang amanah terhadap amanah Tuhan. Aku makan rezeki dari kerjayaku sebagai guru..jadi memang patut aku mencuba yang terbaik.

Menjadi warga Melaka bukanlah seteruk yang disangka..betul...ada hikmah tersembunyi dalam kehidupan kami di'hantar' ke sini. Hikmahnya tidak cukup dilakar dengan kata-kata. Dalam mengejar kehidupan bergelumang dengan karenah pelajar, rakan sekerja, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, sangat mencabar mental dan fizikal malah kerohanian juga.

Bak kata Kak Hasni "rindu untuk merasai perasaan seperti di YPM dulu"...tak ku nafikan ...aku pun rindu....sudah sekian lama tercari-cari mana hilangnya kemanisan beribadah..mana hilangnya rindu pada solat, mana hilangnya kecintaan mentadabur sekurang2nya sedikit terjemahan al Quran diantara Maghrib dan Isyak..mana..mana perginya..aku betul rindu pada 'aku' pada suatu masa dulu.

Biarlah orang lain hebat memperbaiki amalan sunat, aku akan hebat dalam memperbaiki dan menyintai solatku.. Solat dulu baru kehidupan...membawaku kepada erti solat yang lebih bermakna.




0 Responses
Blog Widget by LinkWithin