KDC-KDC

Tinggal lebih kurang setahun lagi pengajianku di IPBA. Alhamdulillah, walaupun kursus perguruan ini meragut masa cuti sekolahku, namun ku rasakan ia lebih bermakna. Seronok menelaah ilmu, kembali dengan nota slide powerpoint, berbondong-bondong ke kuliah. :) ku rasakan masaku terisi tidak sia-sia.. Bersama teman-teman, aku memang seronok yang amat dapat belajar semula. Walaupun kelas amat padat dari jam 8 pagi-7 petang. Rehat hanya 2 jam untuk solat dan makan, namun tak mengapa..seronok mengatasi segalanya. :) Namun, sedikit kekangan apabila belajar selepas berkahwin adalah undang2 tidak boleh mengandung semasa tempoh pengajian. antara 20 pelajar hanya 2 orang jejaka, dan yang selebihnya wanita yang kebanyakannya sudah berkahwin. Kumpulan kami, dah seorang yang terpaksa menangguhkan pengajian setahun kerana hamil bunting pelamin. Kami sedih tapi pada masa yang sama gembira di atas kehadiran orang baru buat sahabat kami itu. (Tahniah ye Lin). Semestinya idu tak boleh mengandung ni jadi isu hangat antara kami. Ada maktab yang tak strict tapi di IPBA peraturan itu sangat ketat. (Nape tah???..)

Tapi itu bukanlah isu yang ingin ku utarakan. Rentetan daripada ini, aku pernah mengambil pil perancang, jenama yang paling mahal...selama 3 bulan...namun akhirnya aku membuat keputusan berhenti memandangkan perkembangan badan yang amat berkembang. ( Tak makan pil pun, lagi tambah kembang jugak)...namun ada sesuatu yang menyentak hatiku sebenarnya. Sebelum mengambil pil, aku banyak surf internet mencari baik buruk mengambil pil, masuk group2 tertentu, membaca artikel dsb , sebagai persediaan untuk mengetahui baik buruk terhadap keputusan itu. " Kenapa ye, kita tak menkaji dan membuat persediaan seperti ini untuk kematian kita. Kenapa kita tak pernah duduk berfikir dan menkaji baik buruk perbuatan kita di dunia ini dan akibatnya untuk kehidupan kita selepas di akhirat nanti." Seorang kawan mencelah di keghairahanku mencari maklumat. Aku memandangnya..berminat untuk mendengar..." yelah, contohnya ana nak ambil perancang, ana kaji baik buruk dia, bekalkan diri dengan maklumat , sebagai persediaan sebab risau kan ia akan beri kesan buruk pada ana di masa akan datang.. sepatutnya begitulah juga persediaan kita terhadap kematian. Sepatutnya kita bersedia seperti itu untuk menghadapi mati kita"..aku senyap..betul kawan.. Kita hanya membuat persediaan untuk dunia, tapi terlepas pandang untuk membuat persediaan ke akhirat. Kita seharusnya menkaji setiap amalan kita di dunia adakah ia akan menuntun kita ke arah jalan bahagia atau jalan derita di "masa hadapan" sana. Kesimpulan untukku...
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin