Untukmu Nurnajwa

Assalamualikum

Hari ini merupakan hari kesebelas nurnajwa syafiyah lahir ke dunia. Bayi tabah ini terus menunjukkan perkembangan yang positif dari hari ke hari berkat izin Allah swt.. Ummi bangga denganmu sayang. Ummi berdoa dan najwa juga harus yakin bahawa Allah sentiasa ada disisimu sayang. Walaupun walid dan ummi tiada disisi, kami menyerahkanmu pada Allah untuk dijagai kerana anakku, kasih sayang Allah itu melebihi kasih ibu dan ayah kepada anaknya, kasih suami kepada isterinya. Disini anakku ummi ingin coretkan cerita kelahiranmu, moga nanti bisa dikenang akan kebesaran Allah ini.

Ummi mengetahu kehadiranmu dalam rahim ummi seminggu sebelum ummi memasuki semester akhir pengajian KPLI KDC ummi. Masa tu opah ngan atok masih belum tahu sehinggalah ummi berada dalam maktab, barulah walid memaklumkan pada mereka akan kehadiranmu. Mereka amat gembira dengan kehadiran cucu kedua mereka. .:) Ummi pula alhamdulillah, tidak mengalami muntah2 sepertimana ummi mengandungkan abang long mukmin dulu. Namun, dalam keadaan ummi terpaksa memanjat bukit untuk ke kelas ummi, selama hampir lima minggu amat memenatkan ummi. Alhamdulillah, untuk sukan (masa tu ummi kena main futsal) pensyarah ummi bagi kelonggaran untuk ummi tidak bermain. Ummi hanya mencatat mata sahaja.

Saat ummi kembali kesekolah, ummi mendapat tahu jangkaan ummi untuk melahirkanmu adalah 18.01.11..kebetulan pula, acik miha juga hamil, lebih kurang umurmu nak. Best jugak ada kawan mengandung kat sebelah..masa ummi mengandungkanmu nak, ummi suka melawa.ummi banyak beli baju baru, letak bedak muka dsb sehingga kawan-kawan sekolah ummi selalu mengatakan bahawa dirimu adalah anak perempuan. Acik siti juga beria dan macam confirm je kata anak ummi ni anak perempuan. Ummi hanya senyum. Dalam hati ummi, ummi turut berdoa agar kata-kata mereka makbul. Ummi berhasrat dengan izin Allah dapat menunaikan hasrat opah dan atok yang ingin merasa cucu perempuan. Ummi juga ingin merasa mempunyai sepasang anak. Allah Maha Besar! Allah kabulkan permohonan ummi dengan kehadiranmu sayang..Ummi amat bersyukur kepada Allah. Ummi mohon moga Allah bagi pimpinan pada ummi untuk mempamerkan rasa syukur ini dengan ketaatan kepada Nya.

Hari demi hari berlalu hinggalah usiamu menjangka 26 minggu. Ummi kerapkali merasa lenguh kaki yang teramat dalam waktu terdekat ini. Ummi menjalankan tanggunjawab ummi disekolah dan dirumah seperti biasa. Ummi masih lagi menolong walid menjual burger,malam sebelum ummi melahirkanmu , ummi masih sempat ke mydin untuk membeli barang keperluan untuk tetamu andai opah dan tokma datang untuk menjagamu selepas lahir nanti. Namun, lenguh kaki ummi sudah tidak tertahan lagi hingga ummi terduduk disana. Tak semua barang sempat ummi dan walid beli. Keesokan paginya, pagi Ahad, ummi merasa sangat kurang sihat. ummi pesan pada cik nisah, ummi nak tumpang kereta dia untuk kesekolah keesokan harinya. Dalam kurang sihat itu, ummi masak bihun goreng untuk sarapan walid dan abang long mukmin...Ummi banyak terbaring saja hari tu melayan teletah abang long najwa.

9.30 malam 17 oktober, ummi mula merasa sakit kontraksi sama seperti saat kelahiran abang long mukmin.ummi seakan2-akan tidak percaya itu adalah juga tanda kelahiranmu nak.sungguh tidak ummi sangka. 12tgh malam, ummi sudah tidak tertahan lagi. ummi terpaksa menghantar abg long mukmin kepada sahabat sekerja ummi. kesian abang long. itulah kali pertama dia tidur tanpa ummi dan walid. 1230 malam ummi tiba di unit kecemasan.ummi dibawa ke wad bersalin tanpa walid. walid terpaksa mencari parking dan tidak dapat menemani ummi. Ummi keseorangan disorong ke Bilik Bersalin. Sampai disana, Dr yang memeriksa ummi sangat terkejut melihat dirimu sudah sedia untuk dilahirkan. Dr menjangkakan beratmu hanya 900g sahaja. Ummi sangat terkejut dan tidak menyangka...

Dalam menahan kesakitan ummi mesej walid menagatakan ummi akan melahirkanmu pada malam itu juga. Walid terkejut amat. Namun,walid hanya mampu menunggu di luar. Ummi menahan kesakitan dari pukul 1 pagi lagi. Sakit yang teramat. Samapi satu saat, ummi minta nurse untuk panggilkan walid. Ummi nak jumpa dan minta maaf atas dosa ummi pada walid...Hampir 15 minit bersama walid, nurse meminta walid keluar semula..Tidak lama selepas itu, ummi selamat melahirkanmu ke dunia...sungguh nak, redha Allah itu ada bersama redha suami...

Sungguh indah perasaan memilikimu sebagai anak ummi...walaupun hanya mampu mengusapmu dari luar..ummi nampak kekuatan semangatmu.. engkau terus memberikan perkembangan positif, tersenyum pada kami, mengenggam kembali tangan kami apabila kami menyentuhmu.. Hati ummi berbunga harapan...Namun, sebesar mana pun kasih sayang ummi padamu, rupanya lebih besar kasih sayang Allah padamu nak...jangkitan kuman yang menyerang tubuh kecilmu tidak mampu engkau tanggung...pergilah nak..ummi redha andai itu yang terbaik buatmu...Ummi hanya memeluk dah mencium pipimu selepas dirimu sudah tidak bergerak lagi...ummi hanya mampu memelukmu ke dada ummi setelah dirimu sudah tidak ada lagi..luruh air mata ummi...

Ummi sayangkanmu....tunggu ummi disana...engkaulah harta ummi diakhirat sana. Dalam hati ummi,akan sentiasa ada dirimu...akan ummi teruskan kehidupan, mencari jalan-jalan ke syurga agar kita bisa bertemu semula....
--> Baca Lagi...

Kembali Menjenguk Blog

Bimillahirrahman nirahim.

I havent written in this blog for ages..hujung-hujung tahun begini, tugas kami guru2 tak sehectic masa awal dan pertengahan tahun. Kalau bz pun hanya sibuk siapkan SKT, perancangan strategik dan soalan exam. Tapi kedua2 kelas yang saya mengajar soalan disediakan oleh JPN, so tugas tersebut alhamdulillah slesai. SKT tinggal sikit lagi nak edit.

Tahun ini merupakan tahun pertama saya dapat menikmati cuti akhir tahun sepenuhnya...hampir 6 minggu berada di rumah. Namun, cuti panjang ini saya tidak bercadang untuk menghabiskannya di Kelantan. Dalam keadaan kandungan yang memasuki usia 6 bulan, keletihan itu amat ketara. Terbayang-bayang apalah yang blh saya buat sepanjang cuti tu dgn hanya duduk di rumah..Macam-macam perancangan,tapi tak tahu la, mampu terbuat atau tidak.Kemungkinan besar saya akan mengahantar mukmin ke pengasuh walaupun saya ada di rumah. Saya mudah letih dalam melayan dia, walaupun teletahnya sangat comel, namun apakan daya , kekuatan fizikal saya pada saat sekarang tidak mengizinkan. tapi saya takkan menghantarnya seawal pagi. Biarlah saya yang mandikan dan bagi makan dulu, bermanja dan berpagi-pagi dengan saya. tengahari dan petang, izinkan ummi mengemas rumah dan merehatkan diri. kata suami, paling kurang pengasuh ada juga income bulan 12. ye la, biasa org tak anta bulan 12, tapi xpela, secara tak langsung kami membantu pengasuh,kami tak kisah bayar penuh. saya tak kisah kalau tak berkira dengan pengasuh. Lagipun saya berpuas hati dengan penjagaannya, setakat ini alhamdulillah. Dia siapkan mukmin lebih smart daripada kami siapkan anak kami sendiri. huhu...

Terlalu banyak yang ingin ditulis, sampai bercampur aduk semuanya. 23 Nov adalah tarikh saya konvo untuk Diploma Pendidikan saya. PICC, putrajaya. Namun, atas beberapa faktor , saya tak dapat hadir ke konvo tersebut. Tak terlalu terkilan krn tak dapat naik pentas, cuma sedikit terkilan tak dapat berjumpa semula dgn rakan rakan seperjuangan di IPBA dulu. Kami dah berjanji nak pakai sedondon, nak bergambar dan share the sweet moments together. ikatan menuntut ilmu bersama turut mengeratkan kami. Suka duka, penat lelah, tension menghadapi pelajarn kami lalui bersama-sama. saya masih ingat, waktu awal kandungan saya, mereka lah yang tolong membeli makanan untuk saya, berusaha mencari mee rebus yang teringin saya makan, dan menolong saya dari banyak segi. terima kasih semuanya...Mungkin insha Allah kita ada kesempatan waktu untuk bertemu selepas ini.

Regarding to my second pregnancy, alhamdulillah. 6 bulan pertama saya lalui dalam keadaan relaks. Saya tidak alahan seperti mengandungkan mukmin dulu,namun tetap ada juga cabarannya. Dalam Al Quran pun menyebut, seorang ibu mengandungkan anaknya dalam keadaan susah payah. Saya banyak angin dalam badan sepanjang mengandungkan second baby ni. dats why, letih dan sakit2 badan selalu terasa. Sugar level saya pun agak tinggi, sehingga saya terpaksa membuat ujian diabetes. Minggu depan resultnya akan saya tahu. Berdebar dan risau.....Doakan saya...Moga saya dan anak saya Allah beri kesihatan.

Selain itu, sedikit kelainan saya lebih suka mengemas rumah masa kandungan kali ni. Walaupun kadang-kadang ada yang tak terkemas namun, perasaan seronok nak mengemas tu ada. Terima kasih juga kepada suami yang banyak membant. seperti suami - suami mithali yang lain, dia juga tak lokek menolong saya menguruskan rumahntangga. Balik dari kerja terus dia masukkan baju dalam mesin, menyidai baju yang dibasuh pagi tadi dsb...macam biasa mukmin akan setia menolong..dia juga sabar dengan saya yang selalu minta beli makanan kat luar. tak mengeluh dsb...dalam hati saya, saya terharu dan menghargai. Terima kasih ya Allah, kerana memegang hatinya dan mendorongnya untuk terus memelihara kesejahteraan rumahtangga kami...:)

--> Baca Lagi...
Blog Widget by LinkWithin