Sungguh...aku rindu

Ada sesuatu yang amat aku rindu.

Aku rindu pada majlis dan kuliah ilmu...

aku rindu berjemaah di surau seperti satu masa dulu...

aku rindu mathurat yang dibaca tanpa jemu...

aku rindu kelembutan hatiku mendengar al Quran di alun sayu....

mata ini rindu untuk menangis waktu berteleku...

Aku rindu akan damainya hati meniti hari..

aku rindu bahagianya jiwa di dalam naungan ilahi...

mengapa diri..itu semua tak ku rasakan lagi...

ke mana ia hilang, tak dapat ku cari....



Tuhan...ya ilahi..diri ini kotor ,hina dan keji

dipenuhi dosa kanan dan kiri

Hidup di dunia ini tidak beerti

Andai Engkau membiarkan ku begini..

Tuhan...rinduku cukup membuak-buak lagi

Pada persis hidup bersama ilahi

Tiada daya kudratku ini..

Andai Engkau tidak menghiraukan ku lagi..



Tuhan..aku cukup rindu..

namun aku juga cukup memerlukan bantuan dariMu

untuk kembali mencintai Mu,

dan mencintai kehidupan di atas jalanMu..

Seronok, ceria dan bahagia..

walau ujian hidup tiada henti menimpa

setiap detik dan ketika

susah dan senang bertukar ganti..

namun alangkah bahagia andai hidup bersama Ilahi..

senang disyukuri, susah sabar dan redha kukuh di hati...


Semangat ku kian membara..untuk kembali meraih cinta

Namun ku gusar andai semangat ini longlai dimakan masa

Kerana itu ya Allah kepadaMu aku bergantung dan meminta

Mukmin yang berjaya sentiasa memperbaiki dirinya..

Tenang ..damai..ceria dan bahagia..

Engkaulah Pengurnia kekuatan itu.
--> Baca Lagi...

Mukmin DiRumah Moyang


Aktiviti Mukmin di Rumah Moyang (Perak)




Seronok nya dapat main air.














Eeeiiii...sejuk ummi..Menggigil badan dia masa mula2 masuk sungai







Ni la umah moyang kat Sahom











Keistimewaan umah moyang adalah dapat mandi sungai..






Ni plak masa balik raya umah tok ma(kelantan)
Assalamualaikum dan Salam pertemuan kembali.

Seronok , sedih , gembira ...semuanya ada mendengar pelbagai berita yang menimpa sahabat2 dynamician. ..Sungguh...hidup ini adalah medan ujian, untuk Allah uji kesyukuran dan kesabaran kita. Masing2 ada lembaran ujian tersendiri. Bahagian masing2 mengikut perkiraan dan percaturan Allah yang maha Bijaksana. Ujian itu berbeza kerana kemampuan kita untuk menghadapi ujian itu pun berbeza.


Apapun, tabahkan hatiku dan hati sahabat2ku dalam menempuh ujianMu ya Allah...tak kuat kami tanpa kudrat dan pertolonnganMu. Moga ada maghfirah dan pe4mbalasan yang baik atas kesabaran dan kesyukuran kita. Hidup pasti kena diteruskan selagi nyawa masih di badan..berjuang..berjuang ..dan berjuang...

Seronok juga mendengar berita kelahiran dan bakal kelahiran zuriat-zuriat pewaris Islam di hari muka. Moga Allah memberkati selamanya...

Lama tidak menulis kerana selepas saja cuti raya, saya diuji dengan ujian kesihatan. Hampir sebulan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kerja. Dan kadang-kadang rasa nak meluangkan masa menulis blog waktu di sekolah pun rasa bersalah..takut masa bekerja tersalah guna. Balik rumah , urusan rumahtangga menunggu , badan juga mengajak-ajak dibawa berehat. :) Itulah rutin nya...
Menulis ni pun sekadar melepas rindu...walau tak banyak tapi cukup la kot..hihihi...
Juampa lagi...:)



















































--> Baca Lagi...
Blog Widget by LinkWithin