Aktiviti Mukmin di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum dan salam pertemuan..

Lama tidak berpeluang mengupdate blog ni. Sekolah sibuk dengan percubaan PMR dan ujian bulanan. SEdar tak sedar tinggal seminggu lagi Ramadhan akan pergi. Tahu depan belum tentu akan berjumpa lagi.

Hampir sebulan kami di rumah baru. Usai saya meletak jawatan sebagai warden, kecoh kes disiplin sekolah saya masuk paper. Utusan, kosmo, sinar, metro. Kes sisiplin tu tak la teruk sangat, tapi biasalah sesuatu yang kecil, bila melibatkan sekolah agama ia akan nampak besar.









Mukmin seronok kali pertama suami bawa ke taman permainan.


















Tak sangka jugak sebenarnya dia dah boleh naik buai sendiri. :)
















Dah puas bermain, tiba masa untuk "pertemuan rasmi" dengan Pencipta.
















Kita ini hamba yang amat-amat lemah. Jangan lupa sentiasa bermohon keampunan dan kasih sayang daripada Allah.











Terimalah doa hambaMu yang hina ini ya Allah.


Selesai solat, masa untuk membaca, mencari sekelumit ilmu Allah yang Maha Luas.

Semoga kita semua diampuni, diingati,. diberkati dan dikasihi oleh Allah.

Wassalam
0 Responses
Blog Widget by LinkWithin