Selamat Hari Lahir buat Ibunda Yang Disayangi

Selamat Hari Lahir buat Ibunda kami yang tercinta

Puan Ahsiah binti Yaacob



Semoga Allah memberkati dan semoga sentiasa berterusan didalam kebaikan Allah swt di dunia dan di akhirat. Tiada hadiah istimewa kecuali doa moga Allah menyayangi mak sebagaimana seorang ibu menyayangi anaknya ketika waktu kecil. YA ALLAH...kasihilah kedua orang tua kami sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil. Amin YA RABB...

Pasangan Romantis Mak dan Abah. Moga perkahwinan kami juga akan kekal hingga ke syurga..Ni la geng-geng kamceng mak..... Bahagia di hari konvokesyen anak-anak yang tercinta....

"HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALAS JASA DAN KASIH SAYANG SEORANG IBU..."



--> Baca Lagi...

Antara Menu Kami

Sekadar berkongsi perasaan seronok dan puas dapat masak dan berbuka dengan hasil air tangan kami sendiri. Simple tapi puas. :)












Kami sibuk menyediakan juadah berbuka, mukmin ambil peluang surf internert coz takde sape yang nak layan dia.













Ummi ngan walid siapkan makanan ek...
Biar mukmin tolong update blog ummi yer...















Alamak....ummi...mukmin salah tekan la..kesian blog ummi tak terupdate lagi...




Antara menu istimewa .....:)

Kuah nasi ayam..


Ayam goreng...rentung sedikit...kih kih kih....


Sambal ayam, kicap dan ulam timun. Kicap tu kami masak yang khas untuk nasi ayam punya. Ikut resepi internet. Sebelum2 ni kami tak wat. Kali ni nasi ayam kami upgrade sikit. Apa2 pun , kalau boleh kualiti solat dan kualiti kerja yang kita hasilkan mesti sentiasa diupgrade. Dulu ok, sekarang lebih ok...
Set lengkap nasi ayam kami. Yang ni adalah nasi ayam yang saya dan suami puas paling puas hati. Ditambah ngan air cocunut shake segar, minuman kegemaran kami, air tangan suami sendiri. Simple tapi alhamdulillah...kami puas. Terima kasih ya Allah...
--> Baca Lagi...

Aktiviti Mukmin di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum dan salam pertemuan..

Lama tidak berpeluang mengupdate blog ni. Sekolah sibuk dengan percubaan PMR dan ujian bulanan. SEdar tak sedar tinggal seminggu lagi Ramadhan akan pergi. Tahu depan belum tentu akan berjumpa lagi.

Hampir sebulan kami di rumah baru. Usai saya meletak jawatan sebagai warden, kecoh kes disiplin sekolah saya masuk paper. Utusan, kosmo, sinar, metro. Kes sisiplin tu tak la teruk sangat, tapi biasalah sesuatu yang kecil, bila melibatkan sekolah agama ia akan nampak besar.









Mukmin seronok kali pertama suami bawa ke taman permainan.


















Tak sangka jugak sebenarnya dia dah boleh naik buai sendiri. :)
















Dah puas bermain, tiba masa untuk "pertemuan rasmi" dengan Pencipta.
















Kita ini hamba yang amat-amat lemah. Jangan lupa sentiasa bermohon keampunan dan kasih sayang daripada Allah.











Terimalah doa hambaMu yang hina ini ya Allah.


Selesai solat, masa untuk membaca, mencari sekelumit ilmu Allah yang Maha Luas.

Semoga kita semua diampuni, diingati,. diberkati dan dikasihi oleh Allah.

Wassalam
--> Baca Lagi...
Blog Widget by LinkWithin