Perkembangan Terkini
Hampir 5 bulan meninggalkan blog tidak berpenghuni... tiada kekuatan untuk menulis semula kerana telah lama meninggalkannya..mungkin fokus terlalu besar diberikan kepada praktikum yang berlangsung selama 3 bulan. Alhamdulillah, segalanya telah berlalu. Kehidupan berjalan seperti biasa semula. Masih saya ingat, sepanjang tempoh praktikum, saya sering sakit kepala..pening dan terhuyung hayang...begini penangan "tension". Memang menggangu kesihatan. Namun, sokongan suami sangat besar. Hinggakan saya rasakan kalau saya berada di tempatnya saya takkan mampu bertahan sebegitu. Pasti saya kan mudah naik angin dan tidak mampu sesabar dia.
--> Baca Lagi...
seminggu lagi pula, saya akan menghadapi sem akhir maktab. after this, saya bebas menikmati cuti sekolah saya.. :) boleh balik kel dengan lebih kerap. ketar jugak nak menghadapi peperiksaan di maktab nanti. Otak pun makin tumpul jer. Untung jugak jadi cikgu, otak diasah secara paksa setiap hari. Kalau tak mahu berkarat otak ni..
mahu keluar dari rutin yang sama, saya dan suami mengikut jejak langkah beberapa org sahabat memulakan perniagaan kecil-kecilan. Alhamdulillah, burger kami mendapat pujian budak2...dari 30 kami tambah menjadi 40. Nak buat banyak-banyak takut jugak. Al maklumlah modal kami kecil..hihi.. Suami kata untung sikit takpe, asal pelanggan puas hati. Terbaru, kami tambah menu dengan popia pulak.. dan insha Allah ada rezeki kami akan mulakan perniagaan waffle kami dalam waktu yang terdekat. Menunggu bahan-bahan mentah yang telah ditempah. Biarlah kami ada sesuatu untuk dilakukan bagi mengisi masa lapang... dan juga seiringi bagi proses memperbaiki kehidupan kami (dunia dan akhirat) . Alhamdulillah, kami " meminjam" deposit rumah sewa untuk dibuat modal. walau untung sikit-sikit tu tak kami rasa sekarang, yang lebih penting adalah keseronokan berniaga tu sendiri. Mengajar erti saya untuk menerima penolakan, menerima kritikan-kritikan. Oh..macam ni rasanya berniaga...untuk mendapat sesuatu, kita perlu mengorbankan sesuatu. (kata suami) .
Bisnes kami lebih dimonopoli suami. Saya sibuk dengan tuisyen pada sebelah malam. membantu sekadar termampu... kadang bantu merasa jer..hihihi... Teringin untuk mencuba perniagaan internet, tapi saya takde idea nak jual apa.. pengalaman pun takde. have no idea. Tapi takpe, kita bermula dengan setapak dulu. Semua orang begitu. Kami bermula sekadar kapasiti kami.
Mukmin? Dah 2 tahun 1 bulan.... hhmm..belum ada rezeki untuk rancak bercakap lagi... Suatu masa saya pasti dia akan bercakap jugak...nampak serasi dengan pengasuh baru. badannya tak berisi macam kecik2 dulu. saat saya menulis nipun, dia kena serang dengan demam panas. agak kerap jugak tahun ni...rasa bersyukur sangat Allah mengurniakan mukmin pada kami. Walaupun pernah 1 ms saya merasakan kehadiran mukmin seakan terlalu awal, namun rupa-rupanya mukmin penyeri kami sepanjang dua tahun saya tidak boleh hamil kerana menyambung pengajian.. sungguh perancangan Allah Maha Sempurna.
Hanya doa dan pengharapan yang mampu saya panjatkan pada yang Maha Berkuasa ungtuk mengurniakan kudrat dan kekuatan kepada kami untuk sentiasa menjadi hamba yang sentiasa mengingati dan mentaatiNya. Seronoknya hidup ini sebenarnya adalah apabila bersamaNya...